0
A+ A-
Isu Akhbar Kosmo! Sabotaj Qu Puteh | Umum mengetahui dua produk Qu Puteh yang diasaskan oleh usahawan melayu berjaya, Datuk Seri Vida telah ditarik balik kerana kandungan produk berkenaan mengandungi merkuri.

Terbaharu, Aktivis Bangkit, Mohd Eddy Casmady Che Hussin telah mempersoalkan tindakan akhbar Kosmo! yang dilihat seperti sengaja mensabotaj Qu Puteh.

Ikuti luahan Eddy Casmady di laman page Facebook rasmi beliau.

Akhbar Kosmo! Sabotaj Peniaga Melayu?

Saya hairan betul dengan surat khabar Kosmo ni. Isu penarikan 2 produk Qu Puteh bukan main highlight di muka depan dengan tajuk "PRODUK KECANTIKAN QU PUTEH BERACUN". (Tajuk bukan main gempar seolah-olah semua beracun, padahal hanya 2 produk)

Isu-isu lain diam pula. Judi, arak, rumah urut yang terang-terang HARAM taknak pula dia highlight.

Ke seronok lihat usahawan Melayu tersungkur dan mendapat malu????

Saya cadangkan editor KOSMO berehat sahaja lah kalau niat tu cuma wang dan langsung tidak ada jati diri orang Melayu. Orang Melayu boikot surat khabar yang terang-terang 'tikam' orang Melayu kita sendiri.

Viralkan!

Catat Ulasan Blogger

 
Top