0
A+ A-
Luahan Doktor India Dipanggil Keling Apabila Cuba Membantu Pesakit Kemalangan | DALAM satu posting di akaun Facebook miliknya, seorang doktor muda berbangsa India menceritakan bagaimana beliau dilemparkan penghinaan berbaur perkauman ketika cuba membantu seorang lelaki warga emas yang telibat dalam kemalangan.

Menerusi perkongsian pada 30 Disember 2015 itu, Dr Shalini Paramaswaran memberitahu beliau sedang memandu pulang apabila terlihat seorang pakcik jatuh dari motosikal yang ditungganginya ketika cuba membuat U-turn lapor Mynewshub.

"Aku Tak Nak Keling Bantu Aku!"

Beliau bergegas untuk membantu dan mendapati kaki kanan warga emas tersebut cedera dengan tulang tersembul. Mangsa turut didengar memberitahu bahawa dia tidak dapat merasa apa-apa pada bahagian kakinya.

Dr Shalini kemudiannya memperkenalkan diri sebelum cuba membantu tetapi respon diterima amat mengejutkan.

“Aku tak nak keling datang dekat aku ke, tolong aku.. banyak orang lain boleh tolong..” kata lelaki berkenaan.

‘Keling’ merupakan satu istilah yang menghina, merujuk kepada seseorang berasal dari India.

Orang ramai kemudian meminta Dr Shalini ke tepi dan meninggalkan lelaki tersebut.

Walaupun terkejut Dr Shalini segera memanggil ambulans. Apabila unit perubatan tiba, beliau memberitahu paramedik kecederaan yang dialami mangsa.

Selepas memastikan lelaki tersebut mendapat rawatan awal, Dr Shalini bergerak meninggalkan tempat kejadian sebelum berpaling selepas mendengar paramedik memanggil namanya dan bertanya jika beliau sudah menyentuh mangsa kemalangan tersebut.

Selepas memberitahu TIDAK kerana mangsa enggan disentuh, pakcik itu tiba-tiba berwajah manis memandang beliau lalu berkata, “Saya tak tahu awak doktor.. doktor boleh sentuh”.

Luahan Doktor India Dipanggil Keling Apabila Cuba Membantu Pesakit Kemalangan

Mendengar ayat tersebut Dr Shalini tak tahu apa perlu dikatakan. Perasaannya digambarkan dengan ayat di bawah:

“Sebelum mengetahui saya seorang doktor, saya adalah seorang ‘Keling’ yang menjijikkan, tidak boleh sentuh dia. Tapi selepas tahu saya doktor, baru diberikan senyuman dan kata-kata maaf..”

Ini antara contoh insiden menyedihkan melibatkan perbuatan rasis.

Namun Dr Shalini harus dipuji kerana meskipun perasaannya dicalar beliau tetap menunaikan tanggung jawab sebagai doktor dan manusia.

Sikapnya itu dipuji ramai netizen yang pada masa sama, kesal dengan sikap pakcik berkenaan.

Luahan Doktor India Dipanggil Keling Apabila Cuba Membantu Pesakit Kemalangan

Kepada semua di luar sana, janganlah menghina seseorang lain disebabkan perbezaan antara kita, tidak ada agama yang membenarkan umatnya berbuat demikian.

Ingatlah, berikan layanan kepada orang lain sebagaimana kita mahu dilayan orang kerana dunia ini ‘bulat’.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top