0
A+ A-
Luahan Azian Mazwan Sapuwan anaknya curi Motor | Penyanyi dan peserta Gegar Vaganza 2 (GV2), Azian Mazwan Sapuwan membuka mulut mengenai dakwaan anaknya terlibat dalam kes kecurian motorsikal pada Disember lalu.

“Saya tak boleh komen lagi. Perkara ini melibatkan pihak lain juga. Kesilapan dia. Dia pun sendiri mengaku silapnya, salah memilih kawan dan salah itu datang dari diri sendiri.

“Apa-apapun, saya sendiri enggan mengulas lanjut kerana hukuman masih belum dijatuhkan dan perkata ini masih dalam siasatan,” kata Azian.

Ketika ditanya adakah dia menyesal menyertai GV 2 kerana perkara ini lebih hangat diperkatakan selepas kembalinya Azian di persada seni, penyanyi lagu Rumah Kecil Tiang Seribu ini menafikan perkara tersebut lapor Astro Gempak.

Anak curi motor, ini luahan Azian Mazwan Sapuwan

“Saya tidak menyesal. Sebelum saya masuk GV2 lagi, saya sudah berpesan kepada anak-anak. Saya katakan yang saya akan memasuki sebuah pertandingan, semua harus menjaga nama saya sebagai seorang ibu dan nama mereka sendiri sebagai anak-anak.

“Saya hanya berfikiran positif. Anak orang lain pun ada yang terkena sebegini. Ada juga anak orang lain mempunyai masalah yang lebih hebat, tetapi ianya tidak diperkatakan kerana mungkin anak orang lain bukan anak selebriti. Saat keluar cerita sebegini, saya hanya bertenang sahaja. Kalau betul, saya redha,” kata Azian yang ditemui usai Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya semalam.

Dalam perkembangan terbaru, Azian kini sedang merencana untuk mengeluarkan single bagi meneruskan kerjanya dalam bidang nyanyian.

“Saya masih lagi bekerja sebagai penjawat awam. Saya mengambil tawaran menyanyi kebanyakkannya di hujung minggu. Alhamdulillah, setakat ini banyak tawaran yang datang.

“Mengenai single pula, saya berhasrat untuk keluar dengan sebuah lagu baru. Namun begitu, semuanya masih dalam proses perbincangan dan belum ada kata putus,” kata Azian megakhiri bicara.

Catat Ulasan Blogger

 
Top