0
A+ A-
Rita Rudaini mengaku, anak minta ‘ayah baru’ dan adik baru | Diusik soal jodoh seperti yang sering menjadi perhatian sejak akhir-akhir ini, pelakon yang baru muncul dalam filem Love Supermoon ini, menegaskan hatinya masih belum terbuka mengenai perkara itu.

“Bagaimanapun jika ALLAH sudah takdirkan saya akan berkahwin lagi, saya akan terimanya asalkan lelaki itu boleh terima saya dan anak-anak.

“Yang penting juga lelaki itu boleh menyayangi anak-anak saya lebih daripada dirinya dan dapat membimbing kami.

Akui Rita juga, anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 6 juga pernah menyuarakan hasrat agar dirinya berkahwin lagi lapor Sinar Harian.

Anak Rita Rudaini minta 'ayah baru' dan adik baru

“Dia pernah suruh saya cari ayah baru untuk dapat adik baru. Saya terkejut apabila dengar dia cakap begitu.

“Dalam masa sama saya rasa sebak, saya tidak tahu apa dia rasa sehingga mengeluarkan soalan sedemikian.

“Mungkin dia melihat rakan-rakan di sekolah ada ayah dan ingin merasai kasih sayang seorang ayah seperti orang lain.

“Saya bukan ibu yang kejam, tidak memikirkan masa depan mereka, tetapi hati saya kini masih belum sedia menerima sesiapa,” katanya yang meminta peminatnya terus mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Rita berkata, walaupun dia tetap akan membawa anak-anaknya keluar beriadah ataupun menonton wayang mengikut permintaan mereka.

“Saya juga merancang mahu membawa mereka bercuti ke Melbourne, Australia, bulan Jun tahun hadapan kerana ketika itu musim salji di sana.

“Selalunya saya akan bawa mereka bercuti pada hujung tahun setiap tahun, namun kali ini tidak berkesempatan kerana sibuk menguruskan pelancaran minyak wangi dan menguruskan kafe.

“Oleh itu, saya mencari juga waktu cuti sekolah yang boleh membawa mereka untuk bercuti dan dalam masa sama tempat itu sedang mengalami musim salji, kerana itu yang dimahukan anak-anak,” katanya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top