0
A+ A-
Kerana berwajah cantik, anak saudara Siti Nurhaliza terpaksa tukar akaun instagram ke mod peribadi | Penyanyi Saida berkata, anaknya iaitu Siti Nurunnyssa Mohd. Ghazali, 19, terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi selepas menjadi perhatian kerana memilki wajah cantik.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 35, berkata, walaupun dia tidak kisah dengan perkara itu, namun anak sulungnya itu berasa tidak selesa lebih-lebih lagi gambar-gambarnya diambil untuk menjadi bahan bualan forum lapor Mstar.

Anak saudara Siti Nurhaliza terpaksa tukar akaun instagram ke mod peribadi kerana terlalu cantik
Anak Saida Jadi Perhatian Kerana Miliki Wajah Cantik

“Saya mendapat tahu nama Nurunnyssa menjadi bualan netizen di beberapa forum. Saya tidak kisah tetapi anak saya mengambil perkara itu sangat serius dan berasa privasinya diganggu.

“Apatah lagi banyak gambarnya diambil tanpa persetujuan dia pun. Saya faham, dia tidak selesa dengan situasi itu dan terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi.

“Bagi saya, tindakannya itu bagus dan mempunyai pendirian sendiri. Saya percaya anak saya mampu berfikiran dengan bijak dengan setiap ujian yang hadir,” katanya kepadamStar Online.

Kerana berwajah cantik, anak saudara Siti Nurhaliza terpaksa tukar akaun instagram ke mod peribadi
Saida (kanan) bersama anak sulungnya, Nurunnysa.

Saida berkata demikian bagi mengulas mengenai anaknya, Nurunnyssa yang menjadi perhatian netizen kerana memiliki raut wajah yang cantik.

Dalam pada itu, Saida berkata dia tetap memberi nasihat kepada anaknya agar lebih berhati-hati setiap kali memuat naik gambar di laman sosial kerana ia boleh dijadikan sasaran oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkannya.

Selain Nurunnysa, Saida yang merupakan ibu tunggal juga mempunyai tiga orang anak iaitu Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10.

Mengenai perkembangan lain, Saida bakal muncul dengan single lagu baharu berjudul Setia, dengan menampilkan penyanyi Maya Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari.

Katanya, memilih Maya sebagai rakan duet juga adalah pilihan yang tepat kerana kedua-dua mereka kerap menyanyi bersama dan mempunyai keserasian antara satu sama lain.

“Sudah lama saya tidak muncul dengan lagu baharu dan tahun ini saya mahu lebih aktif dalam nyanyian dengan menampilkan lagu Setia, ciptaan Adi (6ixth Sense).

“Saya dan Maya pula adalah teman baik dan kami kerap berduet bersama apabila menjayakan beberapa buah acara.

“Keserasian pun dah ada jadi apa salahnya kita cuba berduet bersama. Sekiranya lagu tersebut mendapat sambutan, saya akan tampil dengan lagu solo pula,” ujarnya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top