0
A+ A-
Luahan seorang ibu yang terlalu ‘kejam’ dalam mendidik anak | Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri umtuk mendidik anak mereka. Namun, kami ternyata kagum dan salute kepada cara didikan Aina Yusof ini yang mana berjaya mendidik anaknya untuk melakukan tugasan-tugasan mereka sendiri daripada kecil lagi.

Apabila ibu ‘kejam’ mendidik anak

SAYA MUNGKIN IBU YG KEJAM KERANA:

1)Anak2 sy bergilir setiap mlm selps mkn malam sorg akan basuh pinggan mangkuk periuk kuali, sorg lagi buang sampah kunci pagar.

2)Sy suruh anak2 gaul nasi dgn ikan bg kucing2 kt rumah mkn. Atau bersihkan sangkar. Sy ckp sama2 bela so xadil klau mama sorg je yg uruskan kucing.

3)anak2 basuh kasut sekolah sndr.

4)lps makan basuh sndr sendiri, lap dan kemas sndr klau tumpah.

5)kemas bilik, lipat baju sndr, jemur kain baju. Hari mggu dorg basuh sndr baju sekolah, clorox, nila, jemur sndr.

6)Baju sekolah pun gosok sndr sejak darjah 4.

7)nak minum air manis, buat sndr.

8)ajar anak2 guna dapo, br bljr basic je goreng telur.

9)petang2 siram pokok

10)semggu @ 2mggu sekali sental bilik air kt dapo. Sbb dorg je yg guna bilik air tu.

11)Sy xpernah rebus air panas utk anak2 mandi pagi g sekolah. Mandi je air sejuk. Menangis pun menangis la.

12) time dorg xbz akak mntk tlg packing magnet. Upahnya duit atau belanja mkn.

KEJAM..? TAPI HASILNYA..

1) Anak2 dh ada rasa tggjwb. Dah pandai basuh pinggan sendiri. 1 hari akk speechless sbb anak yg 5thn lps mkn dia basuh sndr. Dan bersih dia basuh. Dia kata dia tgk along basuh dia tiru.

2) Kebetulan friskis kt rumah hbs. Angah ajak pegi kedai runcit beli friskis rm2 guna duit tabung dia, dia kata kesian ada kucing kurus dgn anak2 kecik kt sekolah.

3) Si kenit yg 5thn tu bgn awal btl hr mggu tu. Mama yg ngantuk sbb bgn awal terlelap kt bilik. Last2 dia kejutkan mntk bukak pintu sbb nk jemur kasut. Dia dh siap basuh kasut sekolah pkl 8pg!!

4) Suatu hari nmpk si kecik kalut dgn kain, mop, rupanya air dia tumpah dia lap sndr.

5) ptg tu cari kenit xjmp, rupanya kt luar angkat kain baju yg dia punya je, dia longgok kt dpn tv pastu dia lipat sndr sambil tgk ultraman. Pastu angkut simpan dlm robok dia.

6) anak2 dh pandai gosok baju sekolah utk semggu terus pd hari mggu.

7)bkn setakat dh pandai buat air milo, nescafe atau teh, dorg jgk dah pandai buat aiskrim malaysia, kdg2 perisa milo, kdg2 perisa nescafe atau jagung. Yg selalu jd kepala si along. Tgh2 hari blh plak dorg bancuh teh o ais 1jag.

8) Dh pandai goreng telur, dorg mntk ajar masak nasi dgn maggy plak.

9) anak2 plak yg tanya, mama pokok tu dh siram ke, mama bendi tu dh besar angah petik ye..

10) kenit blk sekolah bkn main lama dia mandi. Akak bebel mandi lama2 dia kata bkn mandi la basuh bilik air.. tgk ni bersih dah. Yup, terkujat time tu. Dgn lubang jamban sekali dia sental. Xgeli pun. Putih berkilat.

11) skrg nk pegi sekolah pg2 kenit mandi air sejuk. Pkl 6pg. Relax je..

12) sesekali akak bwk dorg pegi mr diy akak bg dorg duit sikit. Upah dorg tlg akak buat keje. Beli la apa yg dorg suka tp bermanfaat. Selalunya dorg beli stationary atau buku. Pernah jgk, anak tolak bila akak bg duit upah. Anak ckp xpelah ma, angah ikhlas tlg mama. Sbb mama pun penat buat keje.

Yg kita yg ajar ialah rasa tggjwb. Rasa berdikari dan xpyh disuruh. Kita nk pupuk rasa sayang anak2 pd persekitaran dia. Anak2 akan buat tanpa kekok klau dia dh terbiasa. Dan anak2 akak tu semuanya LELAKI. Dan kerja2 yg akak ajar dorg buat tu dari zaman berzaman tok nenek kita duk ajar kerja anak2 perempuan. Maka anak lelaki nk buat apa pun xreti. Bila dia dh besar pinggan sebiji pun dia akan tggl utk mak atau bini yg basuh. Suatu hari akak panggil anak2, akak ckp mama mntk maaf la klau mama suruh korg buat byk keje. Mama cuma nak korg pandai berdikari klau suatu hari mama tiba2 dh xde lg. Sekurg2 korg dh pandai hidup sndr. Harap2 la kekal perangai dorg ni sampai besar.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top