0
A+ A-
Spesies kucing liar paling jarang ditemui di dunia ditemui di Sarawak | Sekumpulan penyelidik dari Jabatan Perhutanan Sarawak berjaya menemui kucing liar yang paling jarang dan sukar ditemui di dunia daripada spesies Bay Cat (Pardofelis badia) di hutan Lundu baru-baru ini.

Menurut pengarah jabatan, Sapuan Ahmad, kajian mengenai kucing liar ialah sebahagian daripada projek penyelidikan selama lima tahun di kawasan Heart of Borneo lapor Astro Awani.

Bay Cat, kucing liar paling jarang ditemui di dunia ada di Sarawak

Kawasan Heart of Borneo terletak betul-betul di tengah pulau Borneo meliputi kawasan hutan hujan seluas 22 juta hektar bersempadan dengan Brunei, Kalimantan Indonesia dan Malaysia.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Sapuan berkata spesies itu hanya dikesan di Taman Negara Mulu, Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau, Taman Negara Pulong Tau dan Hutan Anap Muput, kesemuanya di negeri ini.

Beliau berkata penemuan itu menunjukkan bahawa spesies tersebut terdapat secara berselerak.

Spesies kucing liar paling jarang ditemui di dunia ditemui di Sarawak
Ini pula ilustrasi Bay Cat daripada Zoological Society of London.

“Ia juga menunjukkan betapa hutan di negeri ini kaya dengan biodiversiti.

“Justeru, kerajaan negeri akan melipatgandakan usaha untuk menambah kawasan di bawah Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA) dari semasa ke semasa,” kata beliau.

Beliau memuji usaha pasukan itu di bawah Dr Ahmad Ampeng atas penemuan tersebut.

Ahmad berkata penemuan itu akan membuka jalan bagi kawasan yang lebih luas untuk penyelidikan mengenai kucing liar berdasarkan warna dan bentuk fizikal haiwan itu.

“Kami perlu menjalankan kajian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan sama ada spesies yang ditemui di seluruh negeri berbeza antara satu sama lain.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top