0
A+ A-
Pemilik Me'nate Steak Hub Jawab Isu Menu Makanan Rumah Perdana Menteri RM 19284.80 Sehari | Satu negara dikejutkan dengan berita yang mendakwa bil makanan Najib Razak dan Rosmah Masnsor bernilai RM 19284.80 sehari.

Artikel yang bertajuk, "Tukang Masak Dedah Bil Makan Malam Rumah Perdana Menteri RM 19284.80 Sehari" itu menggemparkan Malaysia sehingga ramai yang bertindak memaki hamun Najib dan Rosmah.

Terbaharu, pemilik restoran Me'nate Steak Hub tampil menjelaskan fitnah terbabit. Ikuti kenyataan rasmi Me'nate Steak Hub.

Bil Makanan Rumah Perdana Menteri RM 19284.80 Sehari, Ini Jawapan Me'nate Steak Hub

Assalamualaikum semua.

Kenyataan Rasmi.

Me'nate Steak Hub menafikan laporan media sosial yang menunjukkan tanda harga daging yang kononnya di sediakan di Seri Perdana baru-baru ini. Setelah kami menyemak tanda harga tersebut adalah PALSU dan tidak terdapat di dalam sistem inventori kami.

Tanda harga serta nota berikut semacam dirancang untuk dipamerkan itu tidak sama dengan tanda harga standard yang digunakan oleh Me'nate Steak Hub di semua outlet kami ditambah pula semua tanda harga kami mempunyai barcoding yang tersendiri berbeza dengan apa yang telah diviralkan.

Hidangan yang dipamerkan juga tidak masuk akal. Jika makan steak dan Matsusaka manakan boleh ada nasi dan lauk lauk lain. Gambar tukang masak juga bukan Chef dari Me'nate. Kami berasa amat amat dukacita dengan usaha pihak-pihak yang berkepentingan politik untuk mengheret kami ke dalam kancah Politik FITNAH yang tidak bertanggungjawab ini.

Pihak kami sedang merancang serta sedang mendapatkan nasihat peguam kami dan sedang di dalam proses untuk menasihatkan kami akan bentuk tindakan undang-undang yang sesuai diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan KEPALSUAN & FITNAH ini.

Jika perkara ini tidak dihentikan dan berterusan kami tiada pilihan lain selain daripada membuat laporan polis seterusnya mengambil tindakan susulan.

Me'nate Steak Hub
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top