0
A+ A-
Update terakhir seorang lelaki di Facebook sebelum maut | Satu catatan terakhir seorang lelaki dari Amerika Syarikat (AS) kini trending di Facebook.

Ini kerana mesej berkenaan dikongsi beberapa jam sebelum Matthew Deremer maut dalam satu kemalangan jalan raya pada malam Tahun Baru di Florida.

Lapor The Tampa Bay Times, Deremer yang ketika itu menunggang basikal dilanggar oleh seorang pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol lapor Astro Awani.

Catatan terakhir seorang pengguna Facebook sebelum maut dalam kemalangan

Mesej renungan tentang tahun 2015 begitu menyayat hati.

“Hari terakhir 2015! Saya melihat kembali cabaran besar 2015 yang saya telah diatasi, berkongsi dengan orang lain, dan saya ‘menemui kembali’ diri saya . Saya harus mengucapkan terima kasih dan sedia menyahut cabaran 2016,” kongsi Deremer dalam catatan di Facebook itu.

Mesej berkenaan disertakan dengan satu gambar yang mempunyai teks, “Kita lahir dalam sehari, kita mati dalam sehari. Kita boleh berubah dalam sehari dan kita boleh jatuh dalam sehari. Apa-apa boleh berlaku.”

Setakat ini, 19,112 Likes dan 6,834 shares.

Ia menerima pelbagai reaksi yang antaranya berduka cita atas kejadian yang meragut nyawa Deremer.

“Saya tidak kenal anda tetapi anda telah menyentuh hati saya. Anda bersama tuhan sekarang,” kongsi Cynde Curry.

Sammie Qasem tulis, “Anda akan dirindui ramai. Anda selalu begitu positif dan menjalani kehidupan sepenuhnya.”

“Catatan terakhir yang begitu indah,” kongsi Rebecca Bryce.

Last day of 2015!!!! For me I'll be meditating through all I do, on this entire year. I've lost, I've gained, family is...
Posted by Matthew DeRemer on Thursday, 31 December 2015

Catat Ulasan Blogger

 
Top