0
A+ A-
Najib tidak bersalah kes derma RM2.6 bilion - peguam negara | Datuk Seri Najib Razak bersih daripada sebarang kesalahan kata peguam negara hari ini, selepas penyiasatan hampir 6 bulan kes derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan syarikat milik kementerian kewangan SRC International Sdn Bhd.

Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, “tidak terdapat bukti yang cukup” untuk mengaitkan perdana menteri lapor The Malaysian Insider.

Derma RM2.6 bilion, peguam negara jelaskan Najib tak salah

“Berdasarkan fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berkait dengan 3 kertas penyiasatan.

“Dengan ini saya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan tersebut,” kata Apandi pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Tiga kertas berkenaan adalah derma RM2.6 bilion dan 2 berhubung di SRC International yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (Diperbadankan) atau KWAP.

Apandi hari ini juga membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung SRC International.

Apandi berkata berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen sokongan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 merupakan sumbangan peribadi kepada Najib daripada keluarga diraja Arab Saudi yang “diberikan kepadanya tanpa apa-apa balasan”.

“SPRM dalam siasatan mereka secara peribadi bertemu dan mengambil keterangan daripada saksi termasuk penderma, yang mengesahkan derma itu diberikan kepada perdana menteri secara peribadi,” katanya.

Apandi berkata beliau berpuas hati, tiada bukti menunjukkan sumbangan itu adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah.

“Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai seorang perdana menteri,” kata Apandi yang membaca kenyataan daripada teks yang disediakan.

Tambahan pula, peguam negara berkata perdana menteri memulangkan AS$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi pada Ogos 2013 kerana wang itu tidak digunakan.

“Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM mengetahui dan/atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau.

“Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan YAB PM menteri memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau,” kata Apandi.

Berdasarkan keterangan itu, peguam negara berkata beliau berpuas hati tiada kesalahan jenayah dilakukan berhubung isu RM2.08 bilion itu.

SPRM tahun lepas membuka siasatan berikutan laporan The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Julai tahun lepas yang mendakwa derma RM2.6 bilion, RM42 juta berasal daripada SRC International, anak syarikat yang diilhamkan Najib, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ini adalah menurut dokumen di laluan wang yang diberikan penyiasat Malaysia, WSJ dan Sarawak Report.

Bahagian lebih besar sebanyak AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib yang berasal daripada syarikat British Virgin Island dan melalui Falcon Private Bank di Singapura, mereka melaporkan.

SPRM mengambil keterangan daripada lebih 100 saksi termasuk Najib dan individu yang didakwa memberikan RM2.6 bilion.

Agensi itu terlebih dahulu mengemukakan kertas siasatan kepada peguam negara pada 31 Disember dan dikembalikan semula dengan permintaan untuk penjelasan lebih lanjut pada 18 Januari.

Ia mengemukakan semula kertas berkenaan minggu lepas.

Timbalan Pengarah Operasi SPRM Datuk Sri Mohd Shukri Abdull sebelum ini berkata siasatan RM2.6 bilion masih tidak lengkap kerana penyiasat perlu mengumpul dokumen dan kenyataan individu daripada beberapa institusi kewangan di luar negara.

Shukri berkata suruhanjaya itu memfailkan permohonan peguam negara untuk membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah (MLA).

Apandi berkata hari ini kerana tiada kesalahan jenayah dilakukan, tiada “keperluan” bagi Malaysia membuat permintaan MLA kepada mana-mana negara asing untuk melengkapkan siasatan SPRM berhubung sumbangan itu.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top