0
A+ A-
Bekas pengurus akaun D’herbs dibebas dan dilepaskan dari tuduhan songlap duit | Bekas pengurus akaun syarikat produk kecantikan D’Herbs dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada tiga pertuduhan mengeluarkan wang tunai berjumlah RM4,500 daripada akaun bank milik pengasasnya, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, Julai tahun lalu.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman memutuskan demikian terhadap Hasliani Hashim, 37, selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memaklumkan bahawa permohonan representasi pihak pembelaan untuk menggugurkan pertuduhan ke atas tertuduh diterima oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan lapor Harian Metro.

Dituduh songlap duit, bekas pengurus akaun D’herbs dibebaskan

Pada masa yang sama Aliff Syukri yang juga pengadu kes itu telah menarik balik kes berkenaan.

Pada 22 Oktober tahun lalu, Hasliani yang diwakili peguam MK Thas didakwa melakukan tiga transaksi pengeluaran wang tunai yang setiap satunya bernilai RM1,500 menggunakan kad pengeluaran wang automatik (ATM) akaun Al Rajhi Bank milik jutawan muda berusia 29 tahun itu di mesin ATM Al Rajhi Bank Setia City Mall, Setia Alam antara 2.27 dan 2.29 petang, 30 Julai tahun lalu.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dibaca bersama Seksyen 4(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Catat Ulasan Blogger

 
Top