0
A+ A-
Kontroversi Uqasha Senrose berpakaian seksi peluk Iqram Dinzly | Ramai peminat mempersoalkan keikhlasan hati Uqasha Senrose berhijab setelah menyaksikan gambar seksinya ini. Gambar terbaharu Uqasha Senrose ini mencetuskan kontroversi apabila tampil seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand.

Gambar seksi Uqasha Senrose peluk Iqram Dinzly dikecam peminat

Menerusi artikel Raja Nurfatimah Mawar di BiPop, Kak Raja mempersoalkan kejujuran Uqasha Senrose dalam memakai tudung selepas menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan Uqasha tidak bertudung ketika becuti di Koh Lipe, Thailand.

Selain itu turut terselit gambar Uqasha Senrose bersama Iqram Dinzly. Sebelum ini mereka berdua pernah digosipkan bercinta, namun Iqram dan Uqasha kedua-duanya menafikan gosip tersebut.

Kontroversi Uqasha Senrose berpakaian seksi peluk Iqram Dinzly

Menurut Raja Nurfatimah:

Terbaharu Raja terkedu mendapat kiriman gambar Uqasha sedang bercuti ke Koh Lipe, Thailand ketika menyambut tahun baharu. Uqasha khabarnya bercuti bersama adiknya, Nelydia, Raysha Senrose dan ahli keluarga yang lain. Semuanya seksi!!!

Raja lebih terkejut melihat gambar Uqasha menanggalkan tudung dan berpakaian seksi sehingga nampak pusat. Pusatnya pula bertindik. Mak aii..

Betullah jika dulun ada yang mendakwa pernah ternampak Uqasha hanya memakai topi ketika ke pusat hiburan. Raja tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Uqasha. Pelik kerana cakap tidak serupa bikin. Kalau rasa belum bersedia, bukalah saja tudung itu.

Percutiannya itu bukan hanya disertai Nelydia, Raysha dan ahli keluarganya, malah terselit gambar kekasih yang kononnya tidak menjadi, Iqram Dinzly. Amboi betapa erat Iqram memeluk Uqasha seolah-olah tidak mahu melepaskan pelukan. Rindu agaknya!

Mungkin Uqasha dan Iqram ingat apabila berada di Koh Lipe, tiada orang mengenali mereka. Silaplah. Itulah lokasi percutian kesukaan ramai. Banyak mata memandang, lebih lagi melihat keadaannya berpeluk sakan dengan Iqram macam tu.

Kontroversi Uqasha Senrose berpakaian seksi peluk Iqram Dinzly

(Baca: Jawapan Iqram Dinzly apabila ditanya isu Uqasha buka tudung dan berpakaian seksi)

Catat Ulasan Blogger

 
Top