0
A+ A-
Datuk Seri Vida dedah gambar Stadium pink Kelantan | Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengadakan pertemuan dengan exco kerajaan negeri di sebuah hotel di sini untuk memuktamadkan proses baik pulih Stadium Sultan Muhammad IV.

Rudingan antara Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida dengan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood bermula pada pukul 12 tengah hari Jumaat.

Difahamkan rundingan tersebut berkaitan dengan cadangan Vida untuk menukar warna stadium dari merah-putih kepada merah jambu-putih.

Turut hadir Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor dan Bendahari Kafa, Nik Aminaldin Jaafar lapor Mstar.

Gambar Stadium pink Kelantan didedahkan oleh Datuk Seri Vida

Beberapa contoh gambar stadium dengan warna merah jambu dan putih dibawa bersama dalam rundingan tersebut.

Difahamkan stadium keramat pasukan The Red Warriors itu akan dicat dengan warna merah jambu-putih secara berpetak dan bukannya berjalur.

Hasmiza, yang merupakan Penasihat Kehormat Kafa dan juga pemilik Vida Beauty Sdn Bhd sebelum ini dilaporkan berkata antara syarat penajaan yang dikenakan kepada Kafa termasuk menukar warna stadium, laluan dan tempat khas kepada wanita di stadium itu.

Catat Ulasan Blogger

 
Top