0
A+ A-
Nak minta Dato Seri Vida sponsor anda belajar? Baca ini. | Berikutan menjadi viral status-status dilaman sosial yang meminta supaya Pengasas Vida Beauty, Dato Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Dato Seri Vida menaja pelajar untuk sambung belajar, akhirnya jutawan kosmetik terkenal berkenaan tampil memberi jawapan.

Menurut Dato Seri Vida yang terkenal dengan tagline produknya, “Qu Puteh, Qu Puteh Barulah Puteh”, begitu ramai yang meminta derma dan sumbangan supaya beliau menaja pelajar menyambung pelajaran, namun baginya ada perkara yang lebih bermanfaat.

Jawapan Datuk Seri Vida apabila pelajar minta biasiswa belajar

“Contoh, kalau taja seorang pelajar sambung belajar, kos yang diperlukan adalah RM50,000 tapi hanya seorang yang mendapat manfaat”

“Jika RM50,000 itu diberikan kepada rumah anak yatim, betapa bermakna untuk kegunaan anak-anak kecil ini, lebih 500 orang nak makan 5 bulan pun boleh, satu lagi, kejayaan bermula masa saya belajar.”

“Masa saya berlajar dahulu, saya berniaga, berdagang, tambah duit poket, kadang-kadang saya lakukan 3 kerja dalam satu masa, siap kerja kilang lagi,” kata Dato Seri Vida di dalam akaun Instagram miliknya.

Beliau juga memberitahu bahawa dia juga mencari sumber untuk menampung perbelanjaannya, tetapi semua usaha dan ikhtiarnya itu membuka mindanya lebih kreatif dan lebih banyak merancang.

“Sekarang berkat usaha itu, saya mampu miliki apa yang diidamkan, maaf jika terasa, sekadar berkongsi,” tulis Dato Seri Vida menamatkan statusnya.

(Baca: Ambil Pengajaran dari 3 'Taikun' Kosmetik Negara Ini)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top