0
A+ A-
Nak Beli Kasut Untuk Anak, Tapi Layanan Jurujual Acuh Tak Acuh | Singgah A*-******, nampak seorang pakcik tua. Pakcik itu memakai baju yang lusuh, songkok dan selipar jepun buruk. Pakcik itu berdiri di tempat nak memilih kasut Nike. 

Jurujual yang menghampirinya langsung tidak senyum dan kemudian berkata, “Pakcik, kedai ini kasutnya mahal-mahal. Duit pakcik ada berapa? Cukup ke?”

“Cukup kot nak? Anak pakcik nak sangat kasut yang warna hijau itu. Pakcik nak belikan. Kasihan anak pakcik itu,” balasnya.

Jurujual pandang sinis pakcik berpakaian selekeh masuk kedainya

Saya di situ memerhatikan mereka berdua. 

“Oh,” balas jurujual itu pendek dan langsung tak senyum. 

Kelakuannya itu membuatkan saya terasa geram sangat. 

“Kasut yang warna hijau itu, berapa harganya ye nak?” tanya pakcik itu.

“RM200 lebih,” balasnya. 

Haish! Makin panas pula tengok jurujual itu yang tak tahu beradab bila melayan pelanggan.

“Pakcik nak kasut ini saiz 9 ye nak,” kata pakcik.

“Okay,” jawab jurujual itu pendek yang kemudiannya mengambil kasut yang dipinta dan pergi ke kaunter untuk proses bayaran.

Ya Allah, meleleh air mata aku melihat pakcik itu mengeluarkan duit RM5.00 dan RM10.00 yang sikit. Jurjual tadi terus buat muka seolah-olah tidak berpuas hati dengannya.

Kemudian, juruwang di kaunter mengira wang yang diberikan. 

“Pakcik dah kira banyak kali dah nak. Cukup tu, ada RM200.00,” katanya. 

Sekali jururwang kira, ada kurang RM2 dan beberapa puluh sen. 

“Itulah pakcik, saya dah agak dah duit pakcik tak cukup. Pergi beli di kedai depan sana saja,” kata jurujual itu tanpa memikirkan perasaan pakcik itu. 

“Berapa ringgit tak cukup nak?” tanya pakcik. 

“RM2.20,” kata juruwang tersebut. 

Pakcik ambil songkoknya dan keluarkan duit dari celah songkoknya. Seriously saya tak tahan dan terus menangis pada waktu itu.

“Alhamdulillah, cukup pun. Mesti anak pakcik suka nanti. Ini hadiah dia sebab belajar pandai,” ujar pakcik itu tersenyum sendiri. 

Sekali lagi aku menangis.

Namun, jurujual tadi langsung tidak ambil peduli apatah lagi senyum. Dia seolah-olah tiada perasaan langsung. Tetapi juruwang di kaunter tidak kedekut senyuman. – Shauqiss 
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top