0
A+ A-
Lelaki dicekup suka curi coli dan seluar dalam wanita | Lelaki berusia 20-an ditangkap penduduk Kampung Sungai Muda, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, di sini petang semalam sebelum diikat di pokok selepas mencuri coli dan seluar dalam wanita.

Lelaki terbabit ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam ketika leka mencuri coli dan seluar dalam wanita di beberapa rumah penduduk lapor Harian Metro.

Kantoi curi coli dan seluar dalam wanita

Penduduk, Ahmad Kamil Mihamad, 40, berkata, kejadian itu disedari beberapa isteri nelayan yang curiga selepas melihat suspek masuk ke dalam rumah penduduk sebelum melihat dia keluar membawa coli dan seluar dalam wanita.

Menurutnya, mereka kemudian memaklumkan kepada penduduk sebelum lelaki itu ditangkap.

“Ketika ditahan, penduduk terkejut apabila menemui sejumlah coli dan seluar milik penduduk di dalam baldi yang dibawa oleh lelaki itu.

“Lelaki yang berasal dari Semeling itu kemudian diikat pada sebatang pokok sebelum ditahan polis yang tiba tidak lama kemudiana.

“Bagaimanapun, penduduk tidak membuat sebarang laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya.

Gambar lelaki itu yang diikat di pokok menjadi viral selepas tersebar di media sosial sejak semalam.

Catat Ulasan Blogger

 
Top