0
A+ A-
Kucing tersangkut kepalanya dalam tin sardin diselamatkan bomba | Seekor kucing yang kepalanya tersepit dalam tin sardin kosong di Kampung Petasih, di sini, diselamatkan pasukan bomba, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, lima sekeluarga yang baru pulang ke rumah melihat seekor kucing meronta-ronta berhampiran tong sampah di hadapan rumah mereka.

Raziana Mohd Said, 27, berkata, dia membuang tin berkenaan dalam tong sampah tengah hari tadi sebelum mereka sekeluarga keluar ke Kuala Klawang, dekat sini lapor Harian Metro.

Kepala kucing tersangkut dalam tin sardin
KEPALA kucing tersepit dalam tin kosong.

“Sebaik pulang semula ke rumah, saya melihat kucing meronta-ronta kerana kepalanya tersepit dalam tin kosong berkenaan dan saya cuba mengeluarkannya namun tidak berhasil lalu menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang, Muhammad Syamil Roslan berkata, bomba menerima panggilan 6.03 dan dua anggota tiba di lokasi kejadian pada 6.30 petang.

Beliau berkata, bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan kepala kucing itu menggunakan alat pemotong khas.

Kucing tersangkut kepalanya dalam tin sardin diselamatkan bomba
ANGGOTA bomba mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan kepala kucing.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top