0
A+ A-
Seorang wanita mengalami pengalaman tragis kerana memberikan bisnes kad miliknya kepada orang tak dikenali | Zaman sekarang ini ada sahaja taktik licik yang dilakukan oleh penjenayah bagi memperdayakan mangsanya. Kadang kala sudah berjaga-jaga namun tidak menyedari diperdaya.

Kerana sekeping business card, wanita ini teraniaya

Kerana sekeping business card, wanita ini terpaksa ke balai polis setelah suaminya didakwa melarikan wang. Licik sungguh. Peringatan untuk kita semua, kes macam ini pun boleh terjadi.K

Kisah ini dipetik menerusi Ellyna Riduwan di laman Facebook miliknya.

Saya nak tolong melayu kak

Kerana sekeping business card aku terpaksa berkejar ke balai polis dan membuatkan aku menjadi berang.

Kisahnya bermula pagi tadi, 15 Januari 2016, sekitar jam 11 lebih ketika aku sedang set up stall One Last Coffee di hadapan Taman Rakyat Klang ada seorang lelaki berusia sekitar 40 an datang dengan menaiki motor yang aku tak perasan jenis apa dan tak sempat ambil no pendaftaraan kenderaan.

Dia datang mengaku sebagai wakil dari Masjid Jamek Ar-Rahimiah dan Pusat Zakat.
Penipu : Ada dapat borang dari ketua kampung tak?
Aku: Tak de. Borang apa? (dalam hati terdetik, sejak bila andalas ada ketua kampung?)
Penipu : Borang tapak meniaga. Bayar RM150. “
Aku : Meniaga kat mana? Untuk apa?

Penipu: Ala pusat zakat punya.
Aku : Tapak bazaar kalau ada program.anjuran masjid ke? (Saje nak test orang tua ni. Kalau nak sewa tapak bazaar kita kena contact penganjur bazaar, bukan bayar yuran in advanced macam ni)
Penipu: Haaa ya ya. Saya nak tolong Melayu kak.

Aku mmg sdg dalam keadaan berhati hati sebab One Last Coffee mmg tgh dapat banyak gangguan dan cubaan sabotage dari pelbagai pihak. Jadi aku mula syak sesuatu.
Aku : Kat mana rumah ketua kampung?

Penipu : Tu situ, rumah tu. Ustaz tu. Sambil tunjuk ke arah rumah tepi kat depan 99 Speedmart Damak.
Aku : Itu rumah kawan saya, Naufal. Ayah dia peguam. (Main petik je org tua ni)
Penipu : Bukan tu, sebelah dia. (Pulak. Tadi kata rumah coklat tu)
Aku : Mana dokumen? Borang?

Penipu : Kena bayar dulu. Nanti saya.bawak resit. Akak bg business kad akak.
Aku : Tak boleh la macam tu. Tak ada borang mcm mana nak bayar. (Aku hulur sekeping business kad)
Penipu : Bayar separuh pun tak apa. Saya tak main-main. Saya dari masjid ni. Orang lain yang niaga sini semua dah bayar. Akak sorang je belum. (Padahal sebelah aku tu kawan aku yang niaga nasi, kebetulan hari ni dia cuti. Tak de pulak dia cerita apa apa.)

Aku : Tak kira la separuh ke penuh ke. Borang tak ada. Saya tak boleh bayar. Tak pe lah saya pergi masjid sendiri.
Penipu : Tak pe akak tgk ic saya ni. Amik no telefon saya.
Aku : Tak boleh. Tak ada borang. Tak ada dokumen. Tak pe nanti saya pergi sendiri.
Penipu : Tak pe lah kak nanti saya datang balik bg akak borang.

Terus dia jalan. Aku call Lembaga Zakat Selangor dan Masjid Ar Rahimiah untuk buat pengesahan. Ternyata dia tipu. Aku terus tanya kakak yang jual nenas kat sebelah aku dan aku suruh dia berhati-hati.
Dalam 10-15 minit kemudian aku dapat panggilan dari 7 Eleven Bukit Kuda Klang mengatakan suami aku datang tukar duit tapi tak bagi duitnya dan dah bawa lari duit sebayak RM200. Dia tinggalkan business card aku dan kata aku yang suruh datang.

Pertama sejak bila aku ada suami? Kedua kenapa cashier sewenang wenangnya bagi duit tukar tanpa terima duit dari pelanggan?

Aku terus ke balai polis Sentosa untuk buat laporan polis memandangkan penipu tadi menggunakan nama aku dan One Last Coffee untuk membuat kegiatan penipuan.

Pihak polis minta sebarkan kejadian ni kepada orang ramai supaya semua orang lebih berhati-hati.
Sekarang ni 7 Eleven dah dapat gambar suspek dari rakaman CCTV. Tunggu update seterusnya dari pihak polis.
Diharap penipu tu dapat ditangkap segera dan dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal dengan kesalahan dia.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top