0
A+ A-
Wanita Arab Saudi terlibat kes gangguan seksual terhadap lelaki | Sebuah pusat beli-belah terbesar di sini melaporkan 16 kes gangguan seksual yang dilakukan wanita terhadap lelaki.

Walaupun gangguan itu dilaporkan kepada kakitangan keselamatan, tidak seorang pun lelaki terbabit membuat aduan rasmi kerana bimbang ia akan mengaibkan diri sendiri, lapor akhbar Saudi Gazette.

Kes gangguan seksual oleh wanita Arab Saudi terhadap lelaki

Pengurus besar pusat beli-belah itu Ryan Kaddouri berkata, rakaman CCTV menyokong dakwaan lelaki yang diganggu itu dan video mengenainya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Laporan mengenainya mencetuskan perdebatan dalam kalangan penduduk Jeddah dengan sebahagian mereka mendesak supaya tindakan tegas diambil terhadap wanita itu.

“Wanita yang mengganggu lelaki hanya mahukan perhatian, lebih-lebih lagi jika lelaki itu kacak,” kata seorang pengunjung lelaki yang diwawancara akhbar berkenaan.

Seorang wanita pula memberitahu Saudi Gazette, wanita mengganggu lelaki kerana mereka ingin mencari pasangan hidup. – Agensi
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top