0
A+ A-
‘Mereka ini betul-betul gila termasuk Bonda Ratu’ – Datuk Seri Idris Haron | Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menyifatkan dua individu yang mendakwa diri mereka berketurunan raja dan pewaris takhta negeri Melaka sebagai gila kuasa sehingga sanggup menjadikan negeri ini sebagai bahan jenaka.

Menurut beliau, tindakan kedua-dua individu yang menggelar diri mereka sebagai Sultan Melaka dan Bonda Ratu itu, bukan saja tidak diterima rakyat di negeri ini, malah di peringkat negara dan antarabangsa lapor Sinar Harian.

Ketua Menteri Melaka sifatkan 'pewaris takhta negeri Melaka' gila

“Saya kira, mereka ini orang gila termasuklah Bonda Ratu atau siapa pun yang berkaitan dengannya sebagai individu gila kuasa, gila takhta atau pun betul-betul gila,” katanya.

Menurutnya, negara sudah 59 tahun merdeka dan ada Perlembagaan yang menyebut secara jelas tentang negeri-negeri Melayu, sembilan negeri yang mempunyai raja dan sultan, manakala Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak pula mempunyai Yang di-Pertua negeri masing-masing.

“Zaman ini, mana ada lagi orang yang hendak tuntut takhta. Cubalah bawa bertenang dan ingat tuhan, kepada siapa kuasa itu hendak diberikan dan daripada siapa pula kuasa itu yang nak ditarik semula adalah ditentukan tuhan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Idris turut mengucapkan tahniah kepada polis kerana kecekapan mereka mengambil langkah proaktif mengekang kejadian yang boleh memalukan negara.

Kelmarin, seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang menggelarkan dirinya Bonda Ratu dan pasangannya ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sebuah rumah banglo di Sungai Rambai, Jasin, kira-kira jam 2 petang.

Wanita tersebut yang mendakwa dirinya sebagai Raja Kerinchi Tinggi Sumatera, Indonesia merancang mengadakan majlis penganugerahan pingat di negeri ini, hari ini.

Sementara, seorang ahli perniagaan, Raja Noor Jan Tuah, 58, turut mengadakan majlis penganugerahan pingat kebesaran baru-baru ini yang kini masih dalam siasatan polis.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top