0
A+ A-
KJ Tersenarai di Anugerah MeleTOP Era 2016 | Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tersenarai sebagai calon lima terbaik Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang bakal berlangsung pada 28 Februari depan.

Khairy tercalon menerusi kategori Bintang Online MeleTOP bersama empat pencalonan lain iaitu Zizan Razak, Emma Maembong, Datuk Siti Nurhaliza dan Shaheizy Sam.

Khairy Jamaluddin tersenarai anugerah Bintang Online MeleTOP

Sementara itu, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza masih membuktikan dirinya relevan apabila tercalon dalam empat kategori iaitu Penyanyi MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Lagu MeleTOP (Terbaik Bagimu) dan Bintang Online MeleTOP.

Siti sekaligus mendominasi pencalonan anugerah tersebut pada tahun ini.

Pelakon Ayda Jebat pula mengikut rapat senarai pencalonan AME 2016 dengan tiga pencalonan termasuk Pelakon MeleTOP, Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP menerusiSiapa Diriku lapor MStar.

Drama lakonan Ayda bersama aktor Zul Ariffin, M.A.I.D turut tercalon menerusi kategori Drama MeleTOP.

Antara drama lain yang turut tercalon dalam kategori sama adalah Tuan Anas Mikael, Cik Bunga Encik Sombong, Isteri Separuh Masa dan Isteriku Bukan Tukang Masak.

Nama besar lain yang turut mendominasi pencalonan pada tahun ini termasuk Zizan Razak, Nabil Ahmad, Emma Maembong, Johan, Shaheizy Sam dan Syamel AF 2015.

Seperti tahun sebelumnya, sebanyak 16 kategori dipertandingkan yang meliputi dua kategori filem, lima kategori TV & Online, empat kategori selebriti, dua kategori radio dan tiga kategori muzik.

Edisi tahun ini juga menyaksikan muka baharu turut tercalon seperti Zahirah Macwilson, Mark Adam, Azrel Ismail, Syamel AF, Hafreez Adam, Ezad Lazim dan Mira Filzah.

AME 2016 bakal berlansung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam.

Ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104), serta siaran serentak di Ria HD (saluran 123).

Dalam perkembangan sama, Ketua Format Dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris berkata, seperti tahun sebelum ini penonton diberi hak mutlak sepenuhnya dalam menentukan pemenang bagi setiap kategori dipertandingkan.

Malah katanya, peratusan undian awal sebelum ini menunjukkan peningkatan mendadak berbanding pada tahun sebelumnya.

“Seperti tahun sebelumnya, 100 peratus kuasa mutlak yang diberikan kepada peminat untuk menentukan siapakah bakal mendominasi Anugerah MeleTOP Era melalui undian SMS, undian secara online ataupun menerusi aplikasi terbaru, Raku.

“Pada tahun ini jug menyaksikan kehebatan luar biasa apabila jumlah peratusan undian yang diterima untuk fasa pertama bagi kategori Drama MeleTOP, Lagu MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP meningkat secara mendadak.

Peningkatan jumlah undian tersebut jauh lebih tinggi berbanding dua tahun sebelumnya,” katanya.

Jelasnya lagi, senarai lima calon akhir untuk 16 buah kategori telah disenarai pendek berdasarkan undian orang ramai sewaktu pusingan fasa pertama yang dibuka sejak 17 Disember 2015 hingga 15 Januari lalu.

Manakala bagi pemenang untuk kategori Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) pula akan dipilih berdasarkan selebriti lelaki dan selebriti wanita yang menerima jumlah undian tertinggi dalam kalangan lima calon terbaik.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kategori yang dipertandingkan dalam AME adalah sebanyak 18 buah kategori.

“Pemenang bagi setiap kategori juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 5,000.00 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

“Talian undian Fasa Kedua bagi menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori akan dibuka bermula 26 Januari, jam 6.00 petang hingga 28 Februari 2016, jam 12.00 tengah hari,” katanya.

Tampil dengan tem ‘Satu Undian, Seribu Senyuman’, AME 2016 bakal dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Neelofa.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan Anugerah MeleTOP Era (AME) 2016:

DRAMA MELETOP

1. M.A.I.D
2. Tuan Anas Mikael
3. Cik Bunga Encik Sombong
4. Isteri Separuh Masa
5. Isteriku Bukan Tukang Masak

ARTIS LAWAK MELETOP

1. Johan
2. Jihan Muse
3. Jep Sepahtu
4. Emma Maembong
5. Mark Adam

HOS MELETOP

1. Nabil Ahmad
2. Jihan Muse
3. Zizan Razak
4. Dato AC Mizal
5. Fara Fauzana

PELAKON MELETOP

1. Ayda Jebat
2. Zara Zya
3. Emma Maembong
4. Amyra Rosli
5. Amar Baharin

PROGRAM MELETOP

1. Gegar Vaganza 2015
2. Super Spontan All Stars Akhir
3. Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir
4. Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015
5. Pencetus Ummah 2015

LAGU MELETOP

1. Ayda Jebat – Siapa Diriku
2. Akim & The Majistret – Potret
3. Syamel AF – Hidup Dalam Mati
4. Dato’ Siti Nurhaliza – Terbaik Bagimu
5. Hazama – Sampai Mati

PENYANYI MELETOP

1. Ayda Jebat
2. Dato’ Siti Nurhaliza
3. Hazama
4. Syamel AF
5. Ezad Lazim

GRUP/DUO MELETOP

1. Akim & The Majistret
2. Cakra Khan feat Dato’ Siti Nurhaliza
3. Caliph Buskers
4. De FAM
5. Elizabeth Tan ft Faizal Tahir

PENYAMPAI RADIO MELETOP

1. Johan
2. Abby Fana
3. Haniff
4. Feeya
5. Ray

PROGRAM RADIO MELETOP

1. JoHaRa Pagi Era
2. SATE
3. Top 40 ERA
4. Sembang Sinar
5. Ceria Pagi

FILEM MELETOP

1. Polis Evo
2. Suamiku Encik Perfect 10
3. Manisnya Cinta di Cappadocia
4. Hantu Bungkus Ikat Tepi
5. Gila Baby

BINTANG FILEM MELETOP

1. Polis Evo
2. Suamiku Encik Perfect 10
3. Manisnya Cinta di Cappadocia
4. Hantu Bungkus Ikat Tepi
5. Gila Baby

FESYEN MELETOP

1. Neelofa
2. Shaheizy Sam
3. Dato’ AC Mizal
4. Fattah Amin
5. Nabil Ahmad

ARTIS BAHARU MELETOP

1. Azrel Ismail
2. Mira Filzah
3. Syamel
4. Hafreez Adam
5. Zahirah Macwilson

BINTANG ONLINE MELETOP

1. Zizan Razak
2. Emma Maembong
3. Dato’ Siti Nurhaliza
4. YB Khairy Jamaluddin
5. Shaheizy Sam

COUPLE MELETOP

1. Hanis Zalikha & Hairul Azreen
2. Johan & Ozzlyn
3. Nabil Ahmad & Zira
4. Lisa Surihani & Yusry
5. Yana Samsudin & Fadzil Zahari
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top