0
A+ A-
Kronologi Penuh Kes Culik Nur Amirah Atirah di Klang | Menerusi laman sosial, kini trending kes penculikan adik Nur Amirah Atirah berusia 14 tahun yang dipercayai hilang sejak 27 Disember 2015 jam 2.30 petang dan dilarikan oleh sebuah van putih.

Ketika kejadian, mangsa didakwa dalam perjalanan pulang berseorangan ke rumah kediamannya di kawasan Pelabuhan Klang Utara. Manakala, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 8.20 malam 28 Disember 2015.

Difahamkan, mangsa sempat membuat panggilan kecemasan kali terakhir kepada kakak mangsa pada 29 Disember 2015 dan memaklumkan bahawa dirinya telah diculik. Dalam perbualan tersebut, mangsa mengesahkan dia dilarikan menuju ke Johor Bahru oleh dua suspek berbangsa India.

Kronologi Penculikan Nur Amirah Atirah

Identiti Adik Nur Amirah Atirah Kes Culik Di Klang Utara

Nama Penuh: Nur Amirah Atirah

Umur: 14 Tahun

Kad Pengenalan: 010610-10-1490

Asal: Pelabuhan Klang Selangor

Tarikh Hilang Dari Rumah: 27 Disember 2015

Tarikh Laporan Polis Dibuat Kes Hilang: 28 Disember 2015

Tarikh Disahkan Diculik: 29 Disember 2015

Kronologi Penuh Kes Culik Nur Amirah Atirah di Klang

Kronologi Culik Adik Nur Amirah Athirah


  • Adik Nur Amirah Athirah berumur 14 tahun telah hilang di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam, yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.
  • Ibunya menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Pada peringkat awal, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya(pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.
  • Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki cina, yang di percayai teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.
  • Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya.Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya.
  • Namun, pada 29/12/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah di larikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak di kenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah. Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah di bawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van berwarna putih.
  • Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik dibawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

Rakaman Perbualan Terakhir Mangsa Nur Amirah Atirah dan Kakak


Update Terkini Kes Culik Adik Amirah Atirah 1 Januari 2016 (Terkini)

Difahamkan, Adik Amirah Atirah sudah ditemui pada jam 10.00 malam 31 Disember 2015. Tiada kes culik dikaitkan kerana remaja yang berusia 14 tahun itu telah menipu mendakwa dirinya diculik. Mangsa sebenarnya mengikut lelaki lain dipercayai kekasih.

Kronologi Penuh Kes Culik Nur Amirah Atirah di Klang

Nur Amirah Atirah Ditemui Selamat Tidak Diculik

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan Nur Amirah Atirah sudah ditemui selamat dan tiada kaitan dengan kes culik. Nur Amirah dipercayai bersama teman lelakinya di Banting.

Kronologi Penuh Kes Culik Nur Amirah Atirah di Klang

Kronologi Penuh Kes Culik Nur Amirah Atirah di Klang

Kronologi Penuh Kes Culik Nur Amirah Atirah di Klang

Kes Culik Amirah Atirah Adalah Palsu Dan Rekaan Semata-Mata (Terkini)

Kronologi Penuh Kes Culik Nur Amirah Atirah di Klang

Kronologi Penuh Kes Culik Nur Amirah Atirah di Klang

Pengumuman Kehilangan Adik Nur Amirah Atirah

Kronologi Penuh Kes Culik Nur Amirah Atirah di Klang

Kronologi Penuh Kes Culik Nur Amirah Atirah di Klang

Kronologi Penuh Kes Culik Nur Amirah Atirah di Klang

Lagi Foto Mangsa Kes Culik Adik Nur Amirah Atirah

Kronologi Penuh Kes Culik Nur Amirah Atirah di Klang

(Baca: Luahan Kenalan Amirah Isu Kena Maki Akibat Penipuan Kes Culik)

Catat Ulasan Blogger

 
Top