0
A+ A-
Dituduh punca pelajar putus dua kaki, ini luahan anak pemandu Perodua Kancil | “Tolonglah jangan tuduh kami macam-macam. Hentikanlah fitnah ni! Kesian kat mak. Kami tak ada ayah, mana lagi, kami nak tumpang kasih, kalau mak pun tak ada,” luah anak sulung pemandu kereta Perodua Kancil, Mia (bukan nama sebenar), 24.

Mia meluahkan perasaan sedih selepas ibunya dikecam di media sosial selepas wanita berusia 40 tahun itu, terlibat dalam nahas di Parit 16 Sungai Panjang mengakibatkan pelajar tingkatan satu putus dua kaki lapor Sinar Harian.

Luahan anak pemandu Perodua Kancil yang didakwa penyebab pelajar putus dua kaki

Anak pertama daripada enam beradik itu berkata, kejadian itu memberi kesan mendalam terhadap mereka sekeluarga apabila ibunya dicemuh dengan kata-kata yang mengguris perasaan.

“Buat masa sekarang, tak payahlah tuduh sesiapa. Tunggu hingga siasatan selesai baru nak hentam siapa betul, siapa salah. Hormatilah perasaan kami sekeluarga. Adik-adik saya masih kecil lagi, tak tahu apa pun yang berlaku,” katanya.

Ibunya menggalas tanggungjawab besar apabila terpaksa menyara mereka sekeluarga selepas kematian bapanya, 14 tahun lalu.

“Selama ini, maklah yang didik dan sekolahkan kami dengan baik tanpa ayah. Dia besarkan kami dengan kudrat tulang empat kerat. Bila dah jadi macam ni, takkan nak diam diri, biarkan ibu seorang,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku ketika ibunya itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil pelajar di sebuah sekolah di sini.

Dituduh punca pelajar putus dua kaki, ini luahan anak pemandu Perodua Kancil

(Baca: Luahan mangsa kaki putus digilis lori)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top