0
A+ A-
Bekas isteri dituduh bercinta dengan Zizan Razak, ini luahan Eizlan Yusof | Pelakon Datuk Eizlan Yusof,45, berpendapat bekas isterinya mempunyai hak untuk membuat apa juga keputusan penting berkaitan hidupnya, termasuklah membina hubungan dengan pasangan baharu yang sesuai dengan dirinya.

Apa yang penting, menurut pelakon kacak itu, gosip yang mengatakan bekas isterinya kini Vie Santie Harun, 30, sedang menjalinkan hubungan dengan pelawak Zizan Razak tidak akan sama sekali menjejaskan hubungan baik antara dia dan bekas isterinya itu.

Luahan Eizlan Yusof bekas isteri didakwa bercinta dengan Zizan Razak

“Kami sudah bercerai dan dia mempunyai hak untuk menentukan apa sahaja. Fokus utama saya dan dia kini adalah anak-anak, dan hubungan kami akan kekal baik untuk anak-anak. Selebihnya saya tidak boleh komen lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu ketika ditanya mengenai harapannya sebelum ini untuk berbaik semula dengan Vie, kata Eizlan, ia sukar untuk berlaku memandangkan keadaan itu memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak.

“Memang itu yang saya harapkan, tetapi kena faham ini semua perlukan persetujuan kedua belah pihak, saya dan dia. Apa yang perlu mereka di luar sana faham, permintaan ini perlukan persefahaman. Seperti yang saya katakan tadi, dia juga mempunyai hak untuk menentukan kehidupannya selepas kami tidak lagi bergelar suami isteri,” katanya.

Eizlan Yusof dan Vie berkahwin pada 7 Julai 2007 dan bercerai pada Februari 2015. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie Zaalia, 3.

Sementara itu hubungan Zizan dan Vie mula menjadi perhatian apabila ada sumber yang memberitahu, pelakon ini kini menjalinkan hubungan dengan ibu tunggal tersebut.

Hubungan yang bermula sebagai teman bisnes itu kini bertukar menjadi lebih akrab apabila kedua-duanya semakin serasi bersama.

Bagaimanapun Zizan ketika diterjah dengan soalan ini, enggan memberi komen lanjut sesuai dengan azamnya untuk mengurangkan kontroversi pada 2016.

Catat Ulasan Blogger

 
Top