0
A+ A-
Syarat Keterlaluan Datuk Seri Vida Dipertikai Netizen | Ramai yang mempertikaikan syarat tersebut dan menyifatkan ia agak keterlaluan.

KECOH jadinya apabila sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan ahli perniagaan, Datuk Seri Vida yang bersetuju menaja pasukan bola sepak Kelantan atau The Red Warriors (TRW).Apa yang menjadi perbualan adalah dua syarat yang dikenakan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn.Bhd itu.

Luahan Peminat Bola Sepak Kelantan Isu Syarat Keterlaluan Datuk Seri Vida

Syaratnya ialah stadium rasmi pasukan berkenaan, Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat dengan warna rasmi produk Qu Puteh, iaitu warna merah jambu.

Syarat seterusnya ialah nama pasukan itu perlu diberi penjenamaan semula menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Ramai yang mempertikaikan syarat tersebut dan menyifatkan ia agak keterlaluan.

Penyokong, terutamanya rakyat Kelantan berpendapat, dua syarat tersebut akan menghilangkan identiti TRW yang dibina dan dibawa selama ini lapor Astro Awani.







Apatah lagi, kata mereka, TRW sudah sinonim dengan warna merah yang bukan sahaja mewakili warna bendera negeri Pantai Timur itu, tetapi juga melambangkan semangat dan kekuatan pasukan.

Syarat Keterlaluan Datuk Seri Vida Dipertikai Netizen

Syarat Keterlaluan Datuk Seri Vida Dipertikai Netizen

Pun begitu, tidak kurang juga yang tidak kisah dengan syarat-syarat tersebut dan merasakan pengukuhan kewangan adalah aspek paling penting yang perlu diberi perhatian pasukan itu.

Syarat Keterlaluan Datuk Seri Vida Dipertikai Netizen

Dalam laporan akhbar Berita Harian pada Jumaat, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memberitahu, dia tidak keberatan menaja TRW memandangkan dia juga berasal dari negeri itu, namun pengurusan TRW perlu mengikut syarat yang diberikan.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top