0
A+ A-
Set nasi berlauk hanya RM3 | Nasi berlauk bersama dengan air hanya RM3? Jangan tak percaya kerana itulah yang ditawarkan oleh pasangan suami isteri pengusaha gerai nasi bajet di Alor Gajah, Melaka.

Pengalaman anak sendiri yang sering ‘mengikat perut’ ketika menuntut di universiti awam (UA) sebelum ini, mendorong pasangan pasangan itu, Nasibah Sahat, 69, dan Hassim Taha, 66, untuk menguasahakan gerai yang menyediakan makanan dengan harga murah dan berpatutan lapor Harian Metro.

Nasi berlauk hanya RM3

Hidangan set Nasi berlauk bajet itu terdiri daripada nasi dengan lauk pilihan ayam atau ikan, sayur campur dan segelas air sirap untuk hidangan makan tengah hari.

Setiap hidangan ditawarkan berpatutan kerana pelanggan utama mereka pelajar dari Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).

Gerai yang dibuka sejak 3 minggu lalu itu mendapat sambutan yang menggalakan selepas diviral oleh pelajar menerusi laman social yang secara tidak langsung mempromosikan perniagaannya.

Menariknya menu bajet itu tidak hanya terhad kepada pelajar sebaliknya ia juga amat sesuai bagi mereka yang mahu berjimat, namun masih lagi boleh menikmati makanan yang berkualiti.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top