0
A+ A-
Nota rayu penumpang berhenti kentut dalam pesawat | Gara-gara tidak tahan dengan bau busuk kentut, seorang penumpang sebuah pesawat penerbangan bertindak lucu dengan menulis sekeping nota merayu individu tidak dikenali itu agar berhenti berbuat demikian.

Mirror UK melaporkan, nota tersebut yang ditulis di atas napkin kemudian diserahkan kepada pramugari supaya pengumuman boleh dibuat, meminta agar penumpang itu berhenti kentut.

Antara kandungan nota yang kemudian menjadi viral itu adalah, ‘Saya tidak pasti sekiranya anda boleh membuat pengumuman ini. Sesiapa yang duduk di antara barisan 10 hingga 12 yang sedang kentut tidak henti, perlu segera berjumpa dengan doktor kerana anda mungkin menghidap penyakit kanser di punggung.’

Nota kelakar minta penumpang berhenti kentut dalam pesawat

Nota itu kemudian dimuat naik ke laman sosial oleh seorang penumpang menggunakan nama Garwee20 dan menjadi viral dengan sekelip mata, malah telah dilihat oleh lebih sejuta pengguna.

Rata-rata pengguna Internet melahirkan rasa kelakar dan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman seperti itu ketika berada dalam pesawat.

Ada juga pengguna tertanya-tanya seandainya pramugari itu ‘berjaya’ bercakap dengan penumpang yang mengeluarkan bau kentut tersebut.

Tahun lalu, sebuah pesawat British Airways dalam penerbangan ke Dubai terpaksa berpatah balik ke London hanya kerana bau busuk dari tandas di dalam kabin.

Catat Ulasan Blogger

 
Top