0
A+ A-
Kakitangan perubatan swasta cuai tertukar bayi dengan bayi pasangan lain | Jitra: Suami isteri mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta di Bandar Darulaman, di sini, cuai sehingga bayi perempuan mereka berusia tiga hari tertukar dengan bayi pasangan lain selepas bersalin Selasa lalu.

Nik Ahmad Sabri Mohamad Yusoff, 37, berkata, isterinya, Mahani Zakaria, 36, melahirkan bayi kelima mereka di pusat perubatan itu pada 4.04 petang selepas dua jam bayi perempuan satu lagi pasangan lain dilahirkan di bilik bersalin sama lapor Harian Metro.

(Kemaskini: Keputusan DNA bayi tertukar di hospital)

Pasangan dedah kakitangan perubatan swasta cuai tertukar bayi mereka

Katanya, ketika itu, isterinya mendakwa hanya dimaklumkan dia selamat melahirkan bayi perempuan secara vakum dan tidak diberi peluang untuk melihat bayi mereka.

“Kami tidak mengesyaki apa-apa dan terus pulang ke rumah selepas isteri serta bayi dibenarkan pulang pada 3 petang semalam sebelum dihubungi semula pada 8 malam memberitahu bayi kami tertukar.

“€œIsteri saya tidak henti menangis mengenangkan apa yang berlaku disebabkan kecuaian kakitangan pusat perubatan itu, malah kami dimaklumkan paling cepat keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh dalam tempoh lima hari,” katanya.


(Baca: Hukuman akan dikenakan terhadap hospital swasta tertukar bayi)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top