0
A+ A-
Pelajar UKM ‘ikat perut’ hingga usus terkoyak | Kerana kesempitan wang dan terpaksa berjimat cermat, seorang penuntut Sarjana Muda Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terpaksa “mengikat perut” sehingga ususnya tercedera.

Penuntut perempuan daripada Sabah itu berkata, kesempitan wang tidak hanya berlaku di peringkat ijazah, malah sejak di peringkat asasi lagi lapor Malay Mail.

Pelajar dedah pengalaman ‘ikat perut’ hingga usus terkoyak

“Saya pernah alaminya ketika berada di matrik. Akibat kurang makan, usus terkoyak dan membuatkan saya muntah darah.

“Doktor nasihatkan saya makan dan jika meneruskan tabiat tidak makan saya berisiko mendapat kanser usus. Tapi saya tidak boleh buat apa-apa kerana duit tidak ada,” kata gadis yang dipanggil Nur itu, dipetik laporan Harian Metro.

Kata Nur, duitnya hanya tinggal RM150 selepas wang hasil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM3,000 bagi satu semester habis diguna untuk membayar yuran, dan melangsaikan hutang kawannya RM1,000 ketika persiapan memasuki universiti.

Katanya, beliau tidak sanggup meminta wang daripada ibunya di Sandakan yang mengambil upah menjahit, malah ayahnya yang dahulunya nelayan kini tidak bekerja kerana tangan dan kaki tidak boleh bergerak.

Untuk menahan lapar, Nur terpaksa ke masjid untuk menenangkan diri sambil membaca al-Quran.

“Biarlah saya tidak makan asalkan saya boleh kuatkan diri dengan Tuhan.

“Lagipun saya tidak boleh melihat makanan terhidang ditambah dengan ketiadaan duit. Saya pernah berniat berhenti belajar dan mahu cari kerja untuk tolong mak ayah,” katanya.

Seorang lagi pelajar tahun pertama Sarjana Muda Komunikasi Media pula berkata, beliau kerap tidak datang ke kelas kerana mengalami gastrik selepas mengikat perut.

Shakira, bukan nama sebenar, 20, berkata, beliau terpaksa berjimat RM30 seminggu untuk perbelanjaan makan minum termasuk pembelian buku nota dan barang keperluan lain.

“Saya rela lapar dan jujur saya beritahu, pakaian yang saya pakai semuanya miliki kakak serta baju kurung untuk kuliah juga diberi jiran di kampung,” katanya yang berasal dari Negeri Sembilan.

(Baca: Siswi diejek kerana miskin, tiada makanan dan hanya teguk air kosong)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top