0
A+ A-
Ada pelajar sanggup berlapar dan makan megi sambil update status Facebook guna Iphone 6 | Pelajar universiti terpaksa berlapar dan makan megi sambil layan facebook guna iphone 6, update instagram di kafe hipster dengan baju dari butik mewah bersama pasangan yang menagih janji untuk menonton Dilwale di tempat duduk khas, mewah, privasi supaya nanti saat filem dimainkan kalian boleh raba raba dan cium pipi.

Hujung bulan bila duit tak cukup nak beli walau sebungkus megi, sekali lagi kau ambil gambar makan megi kongsi dan menghentam sekalian hartawan yang menaja pasukan bola sepak negeri dengan alasan kau lebih perlu tapi mereka tak peduli.

Lantas muncul agamawan, menteri dan beberapa netizen yang peduli berbalah hebat juga di fb (hehe) kemudian mengkaji dan meneliti fenomena ini lalu setengah daripada mereka sedia mengeluarkan dana khas untuk menyediakan paling tidak sebungkus nasi untuk perut kosong kau isi. Tapi nasi tak hipster mana kau peduli. Kalau boleh nak yang warna warni ada lampu raya berkelip kelip menghiasi pinggan nasi.

Di suatu sudut yang lain, wujud sekelompok jawatankuasa fakulti menganjurkan program pelajar yang berlambak di universiti dan mereka menawarkan makanan percuma tapi malang terpaksa menagih simpati dengan dialog,

‘Awak tolonglah join program kami, ada kupon kolej dan makanan free’

Pelajar kebulur tapi miliki gadjet mahal

Hairan bagi sekian makhluk yang suka cakap tak cukup makan kat Facebook ni lebih megah berlalu pergi dan lambai saja sedangkan kalau kau join program bukan setakat megi, air kotak, buah Epal, malah ada ketika nasi Arab special orang bagi.

Aku tak pertikaikan ada pelajar susah, tapi biasanya yang betul tak cukup makan ni dia diam dan cuba cari jalan nak urus diri. Malah, di setiap program pelajar dia lah yang munculkan diri dan melambai penuh gaya. ‘Hai i join program you lagi!’. Yang sibuk melalak dengan status penuh hadis dan sekian banyak akta untuk mempertahankan diri ni eh semalam bukan baru lepas upload makan kepci dekat seksyen 7 sebelah pizza hut dengan caption ‘sekali sekala lepak sini cuci mata lagi’?

Wahaiiii insan lapar, semoga kau ingat ada lagi orang lain yang walau sekali pun dia susah nak jejak kaki makan kepci tapi dia sedar diri lalu bersosialisasi dengan sekian ramai manusia di universiti kerana dia tahu sebenarnya banyak lagi saluran di peringkat universiti sendiri untuk pastikan engkau tidak mati kebulur dan kurus melidi. InshaaAllah dengan penjelasan baik dan murni, serta kesediaan diri untuk join aktiviti, kau boleh hidup berdikari tanpa perlu mengeluarkan caci maki kerana kau patut mengerti kita punya menteri pun dah kelaut (bukan sebab jadi nelayan) tapi sebab pening dengan ketuanya sendiri.

Jom jadi bijak. Jadilah seperti Rashid. Haha

Jaga diri, belajar rajin rajin. InshaaAllah kelak kita berjaya dan dihargai.

Nota: BUKAN SEMUA mahasiswa sama macam yang diceritakan dalam post ini. Hanya sebilangan kecil sahaja. Barangkali cuma 3/10 (mungkin). Segala isu dan peristiwa yang diselitkan adalah sekadar analogi semata-mata. Maka, yang baik ambillah simpan, yang buruk jadikan sempadan supaya kita tak berbuat perkara sedemikian kelak. Jangan lekas melatah. Moga Allah redha dan ampunkan dosa kita semua.

Amaran: POST INI TIDAK BOLEH apply untuk semua universiti sebab yuran, perbelanjaan dan pinjaman kewangan setiap universiti nyata berbeza. Jika ia tidak berkenaan dengan anda sila abaikan kenyataan umum ini.

Elakkan guna kenyataan ini untuk tujuan mempersenda mana-mana mahasiswa. Ini bukan ruang debat. Kalau ada cadangan cara untuk urus perbelanjaan, nasihat berguna, kata kata semangat untuk kami mahasiswa. Silakan. Mohon dahulukan adab.

Oleh: Mohammad Asyraf Khalib
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top