0
A+ A-
Kumpulan singkir Mukhriz adalah penyebab BN kalah di Kedah di PRU 2008 | Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa kumpulan yang cuba menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah merupakan kumpulan sama yang menyebabkan UMNO kalah di Kedah pada pilihan raya umum 2008.

Sambil menyifatkan tindakan mendesak Mukhriz digantikan itu sebagai ‘amat bersifat politik’, Dr Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri menasihatkan kepimpinan UMNO agar merujuk kepada pemimpin akar umbi sekiranya tidak ingin sejarah sama berulang lapor Astro Awani.

Pendedahan Tun Mahathir mengenai kumpulan singkir Mukhriz
MAHATHIR: Saya tidak katakan ia tidak dibenarkan tetapi mereka perlu menanggung akibatnya.

“Saya tidak katakan ia tidak dibenarkan tetapi mereka perlu menanggung akibatnya. Ambil kira juga pandangan rakyat. Mereka yang mahu singkirkan Menteri Besar ini, mereka yang tidak memberi reputasi yang baik untuk negeri, mereka yang membawa kekalahan Kedah kepada PAS.

“Negeri ini tidak pernah diperintah oleh parti pembangkang. Di bawah pimpinan mereka ini untuk kali pertama, Kedah jatuh ke tangan pembangkang. Jadi jika mereka ambil alih Kedah, mereka akan kalah pada PRU akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Global Doctors Clinic, satu rangkaian perkhidmatan perubatan antarabangsa di sini.

Ditanya mengenai nasihat beliau kepada Mukhriz, katanya: “Dalam politik, apa saja boleh berlaku. Tidak ada apa-apa yang kekal.. kawan boleh menjadi lawan dan lawan boleh bertukar menjadi kawan.”

Pada Rabu lepas, Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah serta beberapa pemimpin dari 15 ketua bahagian UMNO, Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen dari Kedah dalam satu sidang media menuntut penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar berikutan kehilangan keyakinan mereka terhadap beliau.

Catat Ulasan Blogger

 
Top