0
A+ A-
Apa yang lucah mengenai novel Pantai Kasih? | “Bagaikan tidak dapat ditangguhkan lagi, Doktor Sadiz sudah tidak mampu mengawal nafsunya. Raiha sudah menjadi mangsa kerakusannya.

“Tanpa sebarang perencanaan dan tanpa kerelaan Raiha, terlucutlah sel daripada genetik ‘istimewa’ milik Doktor Sadiz ke dalam badan Raiha.

“Sel ‘istimewa’ itu pula langsung berenang untuk menemui dan bersenyawa dengan ovum yang sihat lagi subur di dalam rahim Raiha.

“Lalu terhasillah zigot yang berubah sesuai dengan proses pembesaran, dari bulan ke bulan. Proses pembesaran yang berlaku di dalam perut Raiha.”

Beberapa penulis dan kumpulan masyarakat terus bertekak sama ada perenggan dalam novel Pantai Kasih, seperti di atas, yang dijadikan teks sastera di sekolah menengah berunsur “lucah” atau tidak.

Penulis novel Khairul Nizam Bakeri dan pemimpin Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) Noor Azimah Abdul Rahim menganggap karya Azmah Nordin tidak lucah.

Penulis novel ulas novel Pantai Kasih yang didakwa lucah

Sementara pengarang Raiha Bahaudin dan beberapa pihak lain menyifatkan teks untuk komponen sastera (Komsas) Tingkatan 4 itu membawa adegan seks dan lucah.

Khairul Nizam, pengarang Pecah, mempertahankan Pantai Kasih dengan menyifatkan bahagian yang dianggap kontroversi itu lebih kurang maklumat mata pelajaran Sains yang diajar untuk Tingkatan 3.

“Pembiakan manusia diterangkan begini (saya telah ringkaskan): Semasa pengovulan, ovari melepaskan ovum ke dalam tiub falopio. Semasa ejakulasi, zakar memancutkan sperma ke dalam faraj … nukleus sperma akan bercantum dengan ovum membentuk zigot. Jadi apakah bezanya dengan perenggan dalam Pantai Kasih?” tulisnya di blog peribadi semalam.

Apa yang lucah mengenai novel Pantai Kasih?


Namun, Raiha yang menghasilkan Kunang Pesisir Morten menganggap teks sastera itu “adegan panas” seks dan babak “senggama”.

“Adakah tuan puan yang bekerja di pejabat agam berhawa dingin bertingkat-tingkat boleh menjawab bagaimana sebuah naskhah dengan fantasi cinta dan adegan senggama yang jelas boleh melepasi penilaian sistem pendidikan kita?” katanya dalam surat terbuka yang disiarkan portal-portal berita.

“Apa yang tidak disedari oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, apabila mereka menghalalkan kisah-kisah cinta fantasi malah dengan aksi-aksi panas masuk ke dalam sukatan pelajaran, mereka telah memberi tanda aras serendah-rendahnya seperti yang telah pun ditandakan oleh filem-filem dan televisyen tempatan,” katanya lagi.

“Usah bermimpi tentang Wawasan 2020 ataupun sekurang-kurangnya pencapaian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) yang mengagumkan kerana kita telah pun menaiki kereta api secara ke belakang.”

Noor Azimah, pengerusi Page, juga tidak melihat bahagian tersebut sebagai tidak senonoh, malah teks sastera itu boleh menarik minat membaca di kalangan pelajar.

“Lucah ke novel itu? Saya rasa tidak lucahlah. Saya rasa ini satu topik yang pelajar boleh berhubung (dengan karya sastera). Saya rasa tidak ada bahan lucah langsung. Cuma ini mungkin satu cara untuk menarik minat pelajar membaca,” katanya kepada portal Malaysiakini.

Pemuda PAS pula mahu karya tersebut ditarik daripada sukatan pelajaran, sementara Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menyarankan kementerian menubuhkan panel kedua bagi pemilihan bahan pendidikan pelajar.

Walaupun Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) enggan mengulas Pantai Kasih secara khusus, presidennya Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata novel berbentuk popular dan keterlaluan tidak sesuai bagi pembelajaran di sekolah.

Beliau menyarankan teks Komsas bagi peringkat sekolah sewajarnya diambil daripada karya lebih bermutu bagi membantu pembinaan pemikiran generasi muda.

Azmah seorang sasterawan yang memenangi beberapa anugerah tempatan dan antarabangsa. Karyanya Timulak Kapal Perang dijadikan teks sastera tingkatan dua.

Novel-novelnya yang memenangi hadiah termasuklah Kukui (pada 1986), Noor Ainku Sayang (1987) dan Dukanya Abadi (1988/89).

Dari Dalam Cermin dipilih untuk memenangi tiga anugerah: Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel 1989, Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia 1992/93.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top