0
A+ A-
Pekerja Petronas bakal diberhentikan | Syarikat minyak negara Petronas mempertimbangkan pemberhentian pekerja sebagai salah satu pilihan dalam berdepan tekanan kelemahan harga minyak, lapor The Malaysian Reserve.

Memetik sumber, pihak pengurusan Petronas dilapor mempertimbangkan penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada tenaga kerja tetap.

Petronas dalam proses membuang pekerja

Pihak pengurusan Petronas dilapor mempertimbangkan penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada tenaga kerja tetap.

Sementara itu Petronas menerusi email kepada Astro AWANI berkata syarikat itu enggan memberikan sebarang komen terhadap dakwaan tersebut selain enggan memberikan ulasan terhadap sebarang laporan yang bersifat spekulasi.

Sebelum ini Petronas menyatakan tidak akan membuang pekerja tetap syarikat itu sebaliknya sedang meneliti kembali pekerja kontrak.

Pada Selasa, The Wall Street Journal melaporkan Petronas merancang memotong RM50 bilion perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh 4 tahun.

Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan pengedaran risalah komunikasi dalaman berkaitan pemotongan perbelanjaan tersebut namun tidak berkongsi perincian memo.

Pada Februari 2015, Petronas mengumumkan akan memotong 15 peratus perbelanjaan modal bagi 2016.

(Baca: Pendedahan pekerja Petronas mengenai tuduhan negatif rakyat mengenai syarikat itu)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top