0
A+ A-
Video Busking di Kota Kinabalu memaparkan pondan nyanyi sambil tayang buah dada | Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang menyiasat perbuatan seorang lelaki menyerupai wanita yang melakukan aksi tidak senonoh dengan menyanyi sambil menayang sebahagian payu daranya di sebuah kompleks beli-belah di sini, baru-baru ini.

Berdasarkan video aksi `wanita’ itu yang tersebar dalam laman sosial, dia dipercayai menyanyi sambil diiringi sebuah kumpulan buskers dengan orang ramai merakam persembahannya.

Difahamkan, pelaku itu tiba-tiba menyertai kumpulan buskers berkenaan yang dijemput oleh pengurusan pusat beli-belah untuk membuat persembahan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir, berkata beliau sudah meminta pegawainya menyiasat kejadian itu yang sepatutnya tidak berlaku khususnya di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai lapor BH Online.

Pondan nyanyi sambil tayang payudara ketika busking di Kota Kinabalu
AKSI seorang penyanyi tidak senonoh di sebuah kompleks beli-belah di Kota Kinabalu.

“Ini kerana saya dimaklumkan `orang awam’ berkelakuan tidak senonoh itu tiba-tiba datang menyertai kumpulan buskers yang membuat persembahan.

“Presiden Buskers Sabah juga ada menghubungi saya dan memaklumkan `orang awam’ itu bukan penyanyi mereka tetapi tiba-tiba datang menyanyi bersama. Dia juga memberi jaminan akan menasihatkan semua buskers agar perkara seperti ini tidak berulang.

“Sehubungan itu, saya mengarahkan pegawai bahagian pelesenan untuk melakukan siasatan menyeluruh bagaimana kejadian berkenaan boleh berlaku. Kita mungkin akan memanggil pelbagai pihak tertakluk kepada hasil siasatan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, sebentar tadi.

Video selama satu minit 20 saat itu menjadi viral di laman sosial termasuk WhatsApp, khususnya di negeri ini.

Tonton video pondan menyanyi di KK sambil tayang payudara di bawah.


(Baca: Penjelasan Pondan Tayang Payudara Ketika Menyanyi di Kota Kinabalu)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top