0
A+ A-
Pesanan Sentap PU Rahmat Ikhsan Buat Golongan Menyusukan Anak yang Suka Menunjuk | Tindakan segelintir golongan ibu yang memuatnaik gambar sedang menyusukan anak di laman Facebook kini hangat diperkatakan.

Apa yang lebih membimbangkan adalah, golongan ini seakan bangga memuatnaik gambar mereka sedang 'menetek' anak mereka.

Berikut merupakan pesanan sentap Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan buat mereka sekaligus menjawab hukum memuatnaik gambar menyusukan anak di laman sosial.

PU Rahmat Ulas Isu Golongan Breastfeeding yang Suka Menunjuk

Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.

Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?

Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.

Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung...

Ustaz: apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:

1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب
Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara

2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور
Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.

3. ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها . سورة النور
Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.

4. ايما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي كذا وكذا اي زانية . حديث مسلم
Mana2 wanita yg berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.

Soalan :apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?

Ustaz : jika memakai wangi wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menhampiri zina apatalagi Gambar Breast Feeding .. tidak kah akan ada eksploitasi

Dalil2 ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.

menjaga wanita dari di diskriminasi dan di Eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita

maka jangan la membuka ruang Di Eksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi

sayangi diri dengan sifat malu dalam diri

kredit : PU Salman dan Group Whatsapp Asatizah serta Ustazah Isfadiah yang membantu mencerahkan Ummat

Oleh: Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top