0
A+ A-
Seks oral sebar virus HPV yang menyebabkan barah leher dan kepala | Seks oral boleh menyebarkan virus papiloma manusia (HPV) yang menyebabkan barah di bahagian leher dan kepala, kata satu kajian terbaru.

HPV, atau human papillomavirus, menyebabkan ketumbuhan atau ketuat pada kulit dan membran mukus.

Kajian menunjukkan wujud kaitan kuat antara HPV, yang merebak dengan cara seks melalui mulut, dengan dua jenis barah tersebut, lapor portal The Independent  di sini.

Risiko terkena kanser di leher dan kepala lebih tinggi tujuh kali ganda, atau lebih tinggi lagi, melalui seks oral, menurut hasil dua kajian terhadap 97,000 orang lapor The Malay Mail Online.

Seks oral pembawa virus HPV penyebab barah leher dan kepala

Michael Douglas, bersama isterinya Catherine Zeta-Jones, mengakui terkena barah lidah melalui seks oral, yang disebarkan virus HPV.

Namun kajian juga menunjukkan virus ini boleh dikesan melalui sisa bersihan mulut dan boleh dihalang dengan ubat.

Di peringkat awal, mereka yang terlibat dalam kajian tersebut diberikan sampel bersihan mulut untuk memastikan mereka tidak pernah dijangkiti barah.

Empat tahun kemudian, penyelidik memeriksa responden kajian itu sekali lagi dan mendapati 132 kes barah di leher dan kepala.

Seorang yang terkena barah-barah ini dibandingkan dengan tiga orang yang tidak dijangkiti kanser, lapor portal tersebut yang memetik jurnal dalam talian JAMA Oncology.

Menurut hasil kajian tersebut, yang diterbitkan beberapa hari lalu, mereka yang sudah dijangkiti HPV-16 dalam sampel awal semudah 22 kali terkena kanser di bahagian tengah saluran tekak.

Dulu mengambil alkohol dan merokok dianggap penyebab utama barah leher dan kepala. Namun kini 70 peratus punca kanser tersebut diakibatkan virus HPV.

Penyebar utama barah ini juga dijangka makin meningkat menjelang tahun 2020, diramal mengatasi barah pangkal rahim, lapor The Independent pada Jumaat.

Kajian ini — djalankan ahli-ahli sains Kolej Perubatan Albert Einstein di New York — menunjukkan dengan jelas HPV-16 menjadi punca barah tekak dan kepala yang selama ini dipercayai akibat arak dan tembakau.

Isu barah ini mendapat perhatian meluas selepas pelakon terkenal Michael Douglas mengakui beliau terkena kanser itu melalui seks oral.

Menurut laporan portal The Sun kelmarin, pelakon “Basic Instinct” dan “Fatal Attraction” kini sudah bebas daripada barah lidah setelah lima tahun bergelut dengan virus tersebut.

Douglas, 71, dikesan terkena barah lidah peringkat serius pada Ogos 2010 tetapi sejak minggu ini disahkan berjaya diselamatkan.

Bapa dengan tiga anak itu pernah berpisah sementara daripada isterinya, pelakon terkenal Catherine Zeta-Jones, 46, pada 2013 tetapi sekarang kembali bersama.

Baru-baru ini Rene Angelil, suami penyanyi tersohor Celine Dion, mati akibat kanser tekak menjelang sambutan ulang tahun hari lahirnya ke-74.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top