0
A+ A-
Lelaki dakwa indentitinya dicuri untuk fitnah pelakon | Kuala Lumpur: Seorang ejen insurans terkejut apabila gambarnya dicuri individu tidak bertanggungjawab bertujuan memfitnah pelakon drama, Azlan Sani Zawawi atau Lando, 41.

Individu misteri itu dikatakan membuat akaun Facebook (FB) palsu menggunakan nama mangsa sebelum mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon yang juga pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood).

Ejen insuran itu, Anuar Yusoff, 27, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan rakannya menerusi aplikasi WhatsApp pada pagi Jumaat lalu.

Siapa Individu Misteri Maki Lando di Facebook?
ANUAR (kiri) bersama Lando bersalaman selepas membuat laporan polis.

“Seorang rakan saya kemudian menghubungi Lando melalui FB memberitahu saya tidak pernah terbabit dalam kejadian serangan di FB itu.

“Tindakan individu misteri itu menggunakan gambar saya menyebabkan orang ramai menyangka saya sengaja mencarut di ruang komen FB milik Lando,”katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana di sini, malam kelmarin.

Katanya, dia percaya individu itu sengaja menyamar untuk memburuk-burukkan imej Lando yang dikenali aktif melakukan kerja amal menurap jalan rosak dan berlubang di seluruh negara.

“Saya akan memanjangkan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) supaya individu itu dikesan seterusnya didakwa.

“Laporan polis ini dibuat bagi membersihkan imej saya yang dituduh mempunyai niat jahat terhadap Ikatan Silaturahim Brotherhood,” katanya.

Sementara itu, Lando yang ditemui menganggap individu yang memfitnahnya sebagai penakut kerana bersembunyi di sebalik nama individu lain.

“Saya bertemu dengan Anuar dan sememangnya dia tidak terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Catat Ulasan Blogger

 
Top