0
A+ A-
Kenapa anak perlu dihukum kerana dosa ibu bapa? - Sisters in Islam | Rosli (bukan nama sebenar) telah berusaha untuk memasukkan nama ayah dalam sijil kelahiran cucunya sejak enam tahun lalu tetapi tidak berjaya.

Beliau berkata cucunya yang kini berusia enam tahun dilahirkan lima bulan selepas perkahwinan anaknya, kurang satu bulan dari enam bulan di mana nama bapa kepada seseorang bayi akan dimasukkan ke dalam sijil lahir mereka seperti yang dikehendaki oleh undang-undang syariah lapor Mstar.

Sisters in Islam pertikai status anak luar nikah dalam sijil lahir

Beliau berkata pegawai-pegawai kerajaan tidak dapat membantunya kerana kes itu dianggap anak tak sah taraf.

“Mengapa anak-anak yang perlu dihukum atas perbuatan ibu bapa?,” tanya beliau.

Rosli berkata baru-baru ini anaknya itu telah mendaftarkan anak sulungnya itu dan adiknya yang berusia empat tahun di sebuah tadika.

Guru bertanya mengapa nama bapa berbeza dengan kakaknya.

“Sekarang, si kakak tidak gembira dan bersedih,” kata Rosli, 65.

Katanya, beliau juga bimbang apabila dia berkahwin nanti, bapanya tidak boleh menjadi wali untuk akad nikah.

Bekas pengarah eksekutif Sisters in Islam (SIS)  Ratna Osman berkata kes seperti itu menjadi salah satu sebab yang boleh membawa seseorang ibu yang mengandung anak luar nikah meninggalkan atau membuang bayi mereka.

Beliau menegaskan bahawa Seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 menyatakan bahawa mana-mana perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang dari enam bulan dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.

“Jika seorang anak itu telah lahir luar nikah, anak itu dianggap sebagai tidak sah dan nama bapa tidak boleh didaftarkan dalam sijil kelahiran mereka.

“Malah jika ada perkahwinan, jika bayi itu dilahirkan kurang dari enam bulan dari masa nikah, nama bapa kandungnya juga tidak boleh didaftarkan,” katanya.

Tambahnya, walaupun wujud perkahwinan, si ibu tidak mempunyai hak untuk pergi ke mahkamah bagi menuntut si bapa membayar nafkah jika bapa enggan membayarnya, menurut Seksyen 80 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Lebih malang lagi, ayah kandungnya tidak boleh menjadi wali apabila anak perempuannya ingin berkahwin dan perlu mengambil seorang hakim syariah sebagai wali sekali gus menyebabkan bakal suami dan ahli keluarganya akan tahu latar belakangnya, katanya.

Ratna berkata kekurangan pendidikan seks juga menjadi satu lagi sebab kehamilan yang tidak diingini dan pembuangan bayi masih berlaku.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top