0
A+ A-
Fasha Sandha Cerai, Ini Komen Peminat | Sehari selepas perceraian dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 40, disahkan Mahkamah Tinggi Syariah, pelakon, Fasha Sandha, 32, terus dihujani kata-kata semangat peminat melalui laman Instagram.

Sehingga malam ini, lebih 16,000 orang menanda ‘like’ pada gambar terakhir yang dimuat naik Fasha di laman sosial terbabit, dua hari lalu. Status itu memaparkan petikan kata-kata yang seolah-olah menggambarkan situasi yang dialami Fasha sekarang.

Sokongan Padu Peminat Buat Fasha Sandha Selepas Cerai

Semakan dibuat BH Online mendapati, status itu mendapat ulasan hampir 3,000 orang yang memberi pelbagai komen, termasuk kata-kata positif supaya pelakon itu tabah menghadapi dugaan hidup. Ada peminat mahu pelakon drama bersiri Natasha itu bangkit demi membesarkan anaknya iaitu Putra Rayfal, dua tahun dan Putri Raysha Jemyma, setahun.

Antara petikan kata-kata dalam status yang dimuat naik Fasha menyebut: “Sampai suatu tahap, anda akan sedar sudah melakukan segala-galanya untuk seseorang. Langkah seterusnya ialah dengan menoktahkannya.” Selesai prosiding semalam, Fasha dalam kenyataannya berkata, dia sudah berusaha menyelamatkan perkahwinannya dan reda dengan perceraian itu.

Fasha Sandha Cerai, Ini Komen Peminat

Fasha Sandha juga mahu meneruskan kehidupan dengan membesarkan dua cahaya matanya. Kisah keretakan rumah tangga Fasha mula bertiup kencang sejak sebulan lalu apabila pelakon itu dikatakan pergi ke sebuah pejabat agama. Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top