0
A+ A-
SRC, RM2.6 bilion: SPRM mahu keputusan Peguam Negara dinilai semula | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membentangkan keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan agar kes SRC International dan dana RM2.6 bilion ditutup, kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

Dalam satu kenyataan pada Rabu, SPRM memaklumkan bahawa keputusan itu telah dicapai selepas mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan keputusan yang dibuat oleh Mohamed Apandi itu lapor Astro Awani.

SPRM mahu keputusan Peguam Negara dinilai semula isu SRC dan RM2.6 bilion

“Pengurusan Tertinggi SPRM memutuskan untuk membentangkan keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), salah satu badan bebas yang dibentuk oleh kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009, untuk penilaian dan pertimbangan oleh PPO dan sebuah lagi panel khas yang akan dilantik.

“Salah satu terma rujukan PPO ialah memberi pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya,” kata kenyataan tersebut.

Menurut SPRM, PPO dianggotai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai Pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Prof Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Tuan Lim Chee Wee.

Pada sidang media di Putrajaya pada Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Datuk Seri Najib Razak berkaitan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

Beliau berkata siasatan mendapati amaun didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013, dan daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama.

Seperti telah dijelaskan, kata Ahmad Zahid tiada syarat dikenakan dengan derma yang telah dibuat kepada Najib secara peribadi, iaitu ia dibuat daripada kepercayaan kepada beliau dan kepimpinannya berhubung isu-isu utama.

“Saya mengetahui perkara ini selepas bertemu sendiri dengan penderma yang dimaksudkan. Perdana menteri memilih sendiri untuk menggunakan sumbangan (itu) untuk kepentingan parti dan keperluan masyarakat di seluruh Malaysia,” katanya.

Sambil berkata isu itu terlalu banyak menghabiskan masa, Ahmad Zahid berharap ia tidak diungkit lagi.

“Kita mesti bersatu dan bergerak ke hadapan di bawah kepimpinan perdana menteri untuk Malaysia.
“Beliau adalah orang yang amat bersesuaian untuk membawa kita mengharungi kemelut ekonomi global semasa dan ancaman keselamatan yang dihadapi kini,” katanya.

Susulan keputusan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia supaya bersatu padu dan bergerak ke depan.

Beliau juga menyifatkan isu tersebut sebagai satu gangguan yang tidak diperlukan.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top