0
A+ A-
Bapa izinkan cikgu merotan anaknya, dengan syarat.. | Kuala Lumpur: “Merotan bagi saya bukan simbol hukuman, ia adalah simbol hormat kepada cikgu,” kata jurutera, Johari Hashim, 33, yang menulis surat kebenaran kepada guru untuk merotan anaknya jika melakukan kesalahan.

Surat yang ditulis dan diselitkan di dalam fail sekolah anaknya, Lisa Qaisara Johari, 7, ketika pendaftaran tahun satu baru-baru ini menjadi viral di Facebook (FB) sehingga dia menerima pelbagai komen termasuk mengatakan dia bodoh lapor Harian Metro.

Surat kebenaran merotan anak dari seorang bapa

“Saya sudah fikir masak-masak sebelum saya tulis surat ini tetapi bagi saya, apa yang penting mengenai perkara ini ialah ia bukan satu perjudian, ini adalah satu kepercayaan.

“Tujuan saya bukan hendak suruh cikgu rotan anak saya saja, tetapi lebih kepada saya mahu tunjukkan bahawa saya memang menghormati cikgu,” kata Johari ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Johari, banyak pertimbangan dibuat sebelum menulis surat berkenaan kerana dia bimbang dengan sistem pendidikan sekarang yang bagi pendapatnya, lebih kepada mengejar gred tetapi kurang menekankan mengenai akhlak.

“Jadi, dengan situasi sekarang ini saya memang setuju kalau kita rotan budak tu atas sebab budak itu bermasalah dan saya serahkan tanggungjawab yang ada itu kepada cikgu untuk mendidik anak saya,” katanya.

Johari berpendapat, setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak masing-masing dan sedar ada yang tidak bersetuju dengan cara merotan.

“Saya memang ada gantung rotan di tempat yang anak-anak boleh nampak di rumah tetapi saya jarang merotan mereka kecuali kalau mereka degil dan tidaklah sampai mendera,” katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, dia tidak menyangka surat berkenaan akan viral memandangkan perkara ini sebenarnya bukan pertama kali dibuat oleh ibu bapa.

“Saya tidak menjangka ia akan menjadi viral dan menerima banyak reaksi, tetapi yang paling terkesan ialah satu mesej daripada seorang bakal guru yang menganggap tindakan saya ini menjadi sumber inspirasi,” katanya yang percaya masih ramai ibu bapa mempunyai pendirian sama.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top