0
A+ A-
Justin Bieber dihalau selepas tanggal seluar di tapak suci di Mexico | Penyanyi pop terkenal Justin Bieber dihalau dari sebuah tapak arkeologi Mayan di Mexico setelah berkelakuan tidak senonoh.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu terbaru berjudul, ‘Sorry’ itu dan rakan-rakannya memanjat tapak yang dianggap suci sebelum menanggalkan seluar untuk rakam selfie pada Khamis.

Lapor ETOnline.com, perkara ini disahkan oleh Pengarah Institut Antropologi dan Sejarah (INAH) Mexico, Adriana Velazquez-Morlet.

Tanggal seluar di tapak suci di Mexico, Justin Bieber diusir

“Saya boleh mengesahkan Bieber dihalau kelaur dari tapak arkeologi di Tulum. Beliau dan rakan-rakan menanggalkan seluar dan menghina kakitangan kami,” kata Velazquez-Morlet

Tambahnya, pelawat sama sekali dilarang memanjat tapak berkenaan kerana tapak yang dibina pada abad ke-13 tidak stabil.

“Kami mempunyai polisi yang ketat berkenaan warisan budaya Mexico untuk semua pelawat kami, sama ada mereka terkenal atau tidak,” kata Velazquez-Morlet.

Sementara itu, Justin Bieber tidak tweet tentang kejadian berkenaan namun kongsi gambar percutian bersama Hailey Baldwin yang dilaporkan teman wanitanya di Instagram.

Catat Ulasan Blogger

 
Top