0
A+ A-
Wanita berjubah kepit balang celah peha curi gamat kering | Seorang wanita mencuri ratusan gamat kering disimpan di dalam balang kaca dijual di sebuah kedai ubat tradisional di Jalan Ibrahim di sini, jam 12.15 tengah hari semalam, dengan mengepitnya di celah paha.

Bagi memastikan kegiatannya sukar dikesan, wanita terbabit memakai pakaian labuh. Dia turut dibantu seorang lelaki yang berpura-pura membantunya berjalan sebelum mereka keluar dari premis berkenaan lapor Harian Metro.

Wanita berjubah curi gamat kering guna teknik kangkang
RAKAMAN CCTV di dalam kedai Chong menunjukkan seorang wanita dibantu seorang lelaki yang mencuri gamat di Jalan Ibrahim, Segamat

Pemilik perniagaan, Chong Choon Shee, 46, berkata, kejadian terbabit menyebabkannya kerugian RM8,000.

“Saya menyedari perkara itu selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Saya meneliti rakaman berkenaan kerana hairan apabila mendapati balang berisi gamat di rak pameran dalam keadaan tidak tersusun.

“Lelaki berusia 40-an itu pula membantu wanita terbabit berjalan. Dia sukar untuk berjalan kerana balang berkenaan mungkin disepit di celah pahanya,” katanya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top