0
A+ A-
Real Madrid pecat Benitez, Zinedine Zidane dilantik pengurus baru | RAFAEL Benitez sah dipecat sebagai pengurus Real Madrid tidak sampai tujuh bulan selepas dilantik menggantikan Carlo Ancelotti.

Benitez, bekas pengurus Liverpool, Chelsea, Inter Milan dan Napoli, menggantikan Ancelotti Jun lalu.

Real ketika ini menduduki tangga ketiga La Liga dengan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Atletico Madrid, susulan tiga kekalahan musim ini termasuk diaibkan 4-0 di tangan Barcelona lapor Mstar.

Zinedine Zidane pengurus baru Real Madrid

Susulan pemecatan Bentiez, bekas pemain kelab itu, Zinedine Zidane sebagai dilantik penggantinya.

Keputusan itu diumumkan Presiden Real Madrid, Florentino Perez dalam satu sidang media tergempar petang Isnin selepas Los Blancos terikat 2-2 dengan Valencia.

Zidane sebelum ini adalah jurulatih pasukan ‘B’ Real Madrid.

Beliau berkhidmat sebagai jurulatih kelab tersebut sejak 2013.

Dengan pelantikan tersebut, Zidane merupakan pengurus ke-11 dilantik sepanjang tempoh 12 tahun Real di bawah pimpinan Perez.

Namun, tempoh kontrak Zinedine Zidane tidak dimaklumkan kepada umum.

Ujian pertamanya bersama Real adalah ketika menentang Deportivo la Coruna dalam aksi La Liga, Sabtu ini.

“Ia adalah hari yang penuh emosi, malah lebih beremosi berbanding ketika saya menandatangani kontrak sebagai pemain kelab ini.

“Real Madrid adalah kelab terhebat dunia dengan mempunyai penyokong di seluruh dunia. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kita menamatkan musim ini dengan memenangi trofi,” kata Zidane.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top