0
A+ A-
Pasar borong Kuala Lumpur jadi rebutan 2 kongsi gelap Myanmar dan Malaysia | Di sebalik suasana sibuk dan meriah jual beli di Pasar Borong Kuala Lumpur (KL), ada sisi gelap di situ, sekali gus mencetuskan gelora angkara perseteruan kumpulan kongsi gelap.

Hasil siasatan Harian Metro mendapati dua kongsi gelap Myanmar yang bekerjasama ‘menjaga’ pasar borong berkenaan ‘berperang’ dengan kongsi gelap tempatan yang cuba masuk untuk mendapatkan wang perlindungan.

Ia menyebabkan sejak Jun tahun lalu, pasar borong berkenaan ‘bergelora’ apabila berlaku kes bunuh, melepaskan tembakan dan merusuh.

Penghuni rumah kedai di pasar borong itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hassan mendakwa, kumpulan kongsi gelap 36 mula mengganggu komuniti dan perniagaan mereka sejak enam bulan lalu menyebabkan ‘penjaga’ mereka yang juga kongsi gelap Myanmar berang.

Dia yang juga warga Myanmar mengakui, selama dua tahun menetap dan berniaga di situ, komuniti dan perniagaan mereka dijaga dua kongsi gelap Myanmar lapor Harian Metro.

2 Kongsi gelap rebut pasar borong Kuala Lumpur
Anggota polis dan tentera berkawal di Pasar Borong KL. FOTO Nabihah Kamal

“Di sini terdapat dua geng kongsi gelap Myanmar dan saya membayar wang sebanyak RM300 kepada mereka sebagai wang perlindungan dan saya tidak kisah.

“Bagaimanapun, sejak Jun tahun lalu, kongsi gelap 36 datang dan ugut minta wang perlindungan sehingga RM3,000,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro.

Pasar borong Kuala Lumpur jadi rebutan 2 kongsi gelap Myanmar dan Malaysia
Rashid (kanan) dan Shoufiullah suspek yang dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit kes bunuh pekerja pasar borong warga tempatan. FOTO Nabihah Kamal

Menurutnya, ahli kongsi gelap 36 sering menganggu mereka dan sebagai amaran dan membalas dendam, kongsi gelap Myanmar menembak mati seorang ahli kongsi gelap 36 pada Jun tahun lalu.

“Mereka (kongsi gelap Myanmar) mempunyai senjata seperti pistol dan bom tangan.

“Sebab itu kami mempercayai mereka menjaga kami,” katanya.

Sementara itu, Pekerja pasar borong berkenaan yang mahu dikenali sebagai Limbu berkata, kongsi gelap 36 itu turut terbabit dengan aktiviti penjualan dadah.

“Mereka pernah mengarahkan kami menjual dadah di kawasan pasar tetapi kami enggan,” katanya yang juga warga Myanmar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, polis sudah menjalankan siasatan terhadap kongsi gelap berkenaan sejak tahun lalu dan sudah mengenal pasti ‘kepala’nya.

Katanya, mereka kini diburu.

“Beberapa suspek juga sudah ditahan termasuk 22 lelaki yang menyerang dan merompak di kawasan di premis sekitar Jalan 2/3A berhampiran pasar borong berkenaan. Polis juga masih memburu beberapa lagi suspek warga tempatan dan warga Myanmar yang dipercayai terbabit dengan kongsi gelap berkenaan,” katanya.

Menurutnya, antara suspek yang dikenal pasti adalah dua warga Myanmar dikenali sebagai Rashid dan Shoufiullah Mohd Tahir yang masih diburu pihak polis.

“Dua suspek ini dipercayai ahli kongsi gelap Myanmar yang terbabit dengan kes bunuh pekerja pasar borong warga tempatan.

“Hasil siasatan yang dilakukan, polis percaya bahawa suspek bertindak sedemikian untuk membalas dendam selepas dua daripada warga Myanmar yang menghuni kawasan pasar borong berkenaan ditembak oleh kongsi gelap 36,” katanya.

Menurutnya, siasatan yang terperinci masih giat dijalankan dan polis masih mengawal ketat kawasan itu.

“Bukan saja polis, sepasukan anggota tentera ditempatkan di sekitar kawasan pasar borong berkenaan bagi memastikan keselamatan terjamin,” katanya.

Menurutnya, perseteruan antara kongsi gelap berkenaan dapat diselesaikan jika beberapa ‘kepala’ kongsi gelap berkenaan ditahan.

Menurutnya, polis akan terus mengawal dan mempertingkatkan lagi rondaan dikawasan berkenaan terutama di musim perayaan.

“Orang awam tidak perlu risau kerana pasar borong itu selamat dan polis sudah menahan beberapa suspek yang juga ahli kongsi gelap yang membuat kacau sebelum ini,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati, lebih 100 anggota polis dan tentera mengawal ketat kawasan berkenaan di setiap blok di pasar borong itu.

KRONOLOGI GELORA DI PASAR BORONG KL

Jun 2015

Seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun ditembak oleh ahli kongsi gelap Myanmar

14 Januari 2015

Dua warga Myanmar termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun terkena tembakan rambang oleh ahli kongsi gelap 36.

15 Januari 2016

Seorang lelaki pekerja pasar borong warga tempatan maut ditikam sekumpulan lelaki dipercayai ahli kongsi gelap Myanmar di belakang Pasar Borong KL.

25 Januari 2016

Lebih 50 lelaki warga tempatan menyerang dan merompak 10 kedai di Jalan 2/3A berhampiran Pasar Borong KL.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top