0
A+ A-
Tolong henti cemuh Ahmad Bashah, dia ada SPM bukan takat SRP | Panel Pemikir, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Lokman Noor Adam hari ini mempertahankan menteri besar Kedah yang baru dilantik Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dengan menyangkal dakwaan bahawa beliau hanya mempunyai kelayakan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

“Sebenarnya Ahmad Bashah, bukan hanya ada SRP tetapi beliau (adalah) lepasan SPM. Fitnah jentera siber Mukriz (Mahathir) hanya sekadar untuk membunuh karakter Ahmad Bashah,” kata di laman Facebook.

Membidas menteri besar yang digulingkan itu, Lokman berkata fitnah terhadap Bashah hanya akan memalukan Mukhriz sendiri lapor Malaysiakini.

Ahmad Bashah bukan ada SRP sahaja

“Sedarkah jentera siber Mukriz ini bahawa tindakan mereka ini mengaibkan boss mereka sendiri?

“Apa tidaknya, majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri di Kedah lebih yakin dengan seorang yang berkelulusan SRP berbanding Mukriz yang belajar sampai ke Jepun dan Amerika.

“Cuba bayangkan kalau calon yang menentang beliau mempunyai ijazah atau Phd, lagilah Mukriz jauh ketinggalan,” katanya.

Menurut Lokman, Bashah dengan rendah diri mengakui bahawa beliau tidak berpendidikan tinggi seperti Mukhriz.

Walau bagaimanapun, pengalamannya dalam kepimpinan Umno dan juga dalam kerajaan memberinya kelebihan dalam menjaga kebajikan dan untung nasib rakyat Kedah.

Lokman juga membidas Mukhriz yang didakwanya ‘bukanlah cemerlang sangat dalam pelajaran.’

“Mukriz bukan hanya malas balik kawasan, masa belajar dahulupun beliau bukanlah rajin sangat.

“Walaupun belajar di MRSM, SPM beliau hanya pangkat 2. Berapa kerat sahaja pelajar MRSM yang gagal cemerlang macam beliau?” soal Lokman.

Sehubungan itu, Lokman berkata penyokong Muhkriz perlu sedar bahawa kelayakan akademik tidak menentukan kejayaan pentadbiran negeri.

“Dalam politik, seorang yang ada Phd seperti (bekas menteri besar Kedah, Tan Sri) Sanusi Junid pun gagal mentadbir sebuah negeri dengan baik sehingga menjadi bahan jenaka dengan idea menanam padi atas bumbung.

“Malah seorang doktor perubatan yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun juga pernah gagal untuk meraih sokongan ahli bahagiannya untuk menang G7,” katanya yang secara jelas merujuk kepada bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad.

(G7 merujuk kepada tujuh perwakilan yang dipilih oleh bahagian di Kubang Pasu untuk menghadiri perhimpunan agung tahunan parti itu.)

Menurut Lokman, bagi dirinya, sifat kebapaan yang dimiliki oleh Ahmad Bashah telah berjaya menyatukan Umno Kedah sehingga berjaya merampas Kedah semula dari tangan PAS.

“Tidak dinafikan, pengumumam PM untuk melantik Mukriz sebagai Menteri Besar sedikit sebanyak telah memberikan lonjakan tambahan sokongan bagi BN Kedah.

“Namun tanpa gerak kerja tersusun BN di bawah Ahmad Basha yang cukup berpengalaman, mustahil untuk BN merampas kembali Kedah.

“Tidak semua orang berpeluang menjadi anak perdana menteri seperti Mukhriz dan kita tidak tahu apa yang terpaksa Ahmad Bashah lalui, maka hentikanlah cemuhan yang tidak berkesudahan ini,” katanya lagi.

Mukhriz, hari ini, bersetuju untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri besar manakala Ahmad Bashah dijadual mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru esok.

Kepada ramai pemerhati politik, Mukhriz adalah mangsa ‘perang hangat’ antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir, tetapi Umno Kedah – yang diketuai oleh Ahmad Bashah – mendakwa Mukhriz gagal menyatu-padukan parti dan tidak mempunyai strategi untuk membangunkan negeri itu.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top