0
A+ A-
Akim dan Stacy sah nikah | Pasangan selebriti Akim Ahmad dan Stacy sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan jam 10.15 pagi ini di Hotel Shangri La Tanjung Aru, di sini.

Dengan dua kali lafaz, Akim sah menjadi suami kepada Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam.

Majlis akad nikah itu dikendalikan Iman Qariah merangkap Jurunikah Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JAIS), Matlin Dimin dengan berwalikan abang Stacy iaitu Mohd Adam Hakimi Anam.

Dua bintang Akademi Fantasia (AF) itu bagaikan merpati dua sejoli menggayakan persalinan berwarna putih lapor BH Online.

Akim dan Stacy selamat diijabkabulkan

Busana yang dipakai oleh Stacy dan Akim direka khas oleh Raffiey Nasir.

Pasangan mempelai saling memberi dan membalas tujuh dulang hantaran. Bilangan hantaran sama dibuat atas permintaan ibu Akim.

Stacy juga menerima mas kahwin sebanyak RM300.

Akim dan Stacy sah nikah

Akim dan Stacy berbalas dulang memuatkan persalinan berwarna biru diraja yang menjadi tema majlis resepsi mereka di tempat sama, malam ini.

Majlis pernikahan diadakan secara sederhana dan tertutup dengan dihadiri teman rapat dan keluarga terdekat kedua belah pihak.

Akim dan Stacy sah nikah

Vokalis kumpulan The Majistret itu menyarungkan cincin campuran emas putih dan kuning bertatahkan lima permata tajaan Rings and Bands.

Akim dan Stacy bertunang pada 26 September lalu.

(Baca: Lagi gambar sekitar pernikahan Akim dan Stacy)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top