0
A+ A-
Ini Penjelasan Ahya, Anak Normah Damanhuri Isu Gambar Bercumbu | BAHARU sahaja terpalit dengan kontroversi gambar separuh bogel yang tersebar di laman web lucah, nama anak pelakon Normah Damanhuri yang juga pelakon dan model, Ahya U Rosli, 29, kembali menjadi perhatian.

Semuanya gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya yang memperlihatkan susuk sepasang kekasih bercumbuan dengan berlatar belakangkan pemandangan laut.

Gambar tersebut membuatkan ramai pengikut mencemuh dan mempersoalkan tindakan pelakon yang pernah membintangi filem Tanda Putera ini.

Ahya yang dihubungi Zass pada awalnya mengaku bahawa dia memuat naik gambar berkenaan dan gambar tersebut adalah miliknya.

Bagaimanapun, Ahya menegaskan, gambar tersebut dijumpai di laman sosial Instagram dan di muat naik kembali olehnya.

Anak Normah Damanhuri, Ahya Dedah Kisah Sebenar Gambar Bercium

"Terpulanglah apa orang nak kata kerana di sebalik gambar tersebut, saya menyukai pemandangan laut di belakang subjek (gambar kekasih bercumbuan).

"Ya, memang saya muat naik dan seperti yang saya katakan, jom island (pulau). Bermaksud saya mengajak kawan-kawan bercuti ke pulau.

"Terpulanglah sama ada orang berkeras mengatakan itu saya atau nak kata saya 'kantoi' kerana muat naik gambar sendiri.

"Apa yang penting saya tahu apa yang sebenarnya," jelasnya.

Ditebak adakah dia sengaja berbuat demikian untuk mencari publisiti menaikkan namanya, Ahya pantas menepis dakwaan itu.

"Bagi mereka yang sudah lama mengenali saya, tahu saya bagaimana.

"Saya memang suka bergurau. Tapi yang tak dapat terima, terpulanglah," ujarnya lagi.

Berkongsi perkembangan terbaharunya, Ahya berkata, dia masih menantikan tayangan filem terbaharu lakonannya, Harmonika yang diarahkan oleh Raja Mukhriz.

Katanya, jika tiada tawaran lakonan, dia memberi fokus kepada bidang peragaan dan juga perniagaan kafe yang sedang diusahakannya bersama rakan-rakan.

"Insya-ALLAH tidak lama lagi, saya akan membuka sebuah kafe di Setapak iaitu di tapak kelab golf yang sudah dirobohkan.

"Kafe yang diberi nama Buaya Cafe ini mengetengahkan konsep kontena dengan bajet RM2 juta.

"Ia akan bermula sekitar Julai atau selepas raya nanti," katanya.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top