0
A+ A-
Isu 1.5 Juta Pekerja Bangladesh: "Melayu Saja Bising.." - Ikon Belia Negara | KUALA LUMPUR - Hanya orang Melayu sahaja yang mempersoalkan usaha kerajaan membawa masuk sejumlah besar pekerja asing ke negara ini berbanding bukan melayu, demikian dakwaan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak Timbalan Perdana Menteri. 

Menurutl Nurulhidayah, orang Melayu tidak sewajarnya merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara ini kerana kaum yang lain juga berkemampuan untuk berjaya dengan hasil usaha gigih mereka sendiri. 

Anak Zahid Hamidi Kata Melayu Saja Bising Isu 1.5 Juta Pekerja Bangladesh

"Kalau nak bergaduh, kamu tidak boleh cari makan di negara sendiri. Saya tidak tahulah kepercayaan orang dari luar ini macam mana? Orang yang bising ini adalah orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tak ada, bukan? 

"Kenapa orang Cina boleh boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa? Mereka berniaga char kuey tiaw, buka bengkel, tak bising pun. Kenapa orang Melayu pula yang bising? Kenapa orang India tak bising? Sebab hati," katanya, lapor The Malay Mail Online. 

Menurutnya lagi, usaha kerajaan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh itu tidak sepatutnya dijadikan isu. Selagi isu pekerja asing terus dipandang negatif, maka pelbagai persoalan lain yang tidak sepatutnya dipersoalkan akan terus dibangkitkan. 

"Dulu semasa gadis Malaysia lari ke Lombok, rakyat marahkan kerajaan. Sekarang bawa buruh Bangladesh masuk, buruh Bangladesh salah. Habis, takkan nak bawa pekerja Korea? Takkan nak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita? Boleh? Isu ini tidak akan selesai sebab hati," katanya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top