0
A+ A-
Anwar pertahan tindakan Mahathir | Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu membelenggu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu perutusan melalui peguamnya pada Jumaat, Anwar menyuarakan kebimbangannya selepas mendapat tahu Dr Mahathir telah disoal siasat serta diambil keterangan oleh polis semalam lapor Astro Awani.

Anwar bimbang Mahathir disiasat polis

Dalam satu perutusan melalui peguamnya pada Jumaat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyuarakan kebimbangannya selepas mendapat tahu Tun Dr Mahathir (gambar) telah disoal siasat serta diambil keterangan oleh polis pada Jumaat.

“Saya sangat bimbang apabila mendapat tahu Dr Mahathir telah disiasat polis pada 6 November. Beliau tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanyakan soalan dan menyuarakan kritikannya terhadap Najib mengenai krisis 1MDB.

“Jika beginilah caranya layanan terhadap Dr Mahathir, hak demokrasi rakyat Malaysia dalam mempersoal dan mengkritik kerajaan berada di tahap yang sangat terancam,” tambah Anwar dalam kenyataan yang sama.


Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini  diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary.
Menurut Anwar, perlembagaan dan hak demokrasi rakyat yang terjamin di bawahnya tidak boleh diketepikan atau diganggu kerajaan atau agensi penguatkuasa.

“Saya telah menyaksikan ketegangan kuasa autoritarianisme yang berada di tahap buruk dan sangat membimbangkan,” jelas Anwar.

Beliau dalam kenyataan yang sama juga menyeru gangguan dihentikan terhadap Dr Mahathir dan individu lain memandangkan mereka hanya melakukan tugas mereka untuk menyuarakan kesilapan dan salah laku yang dilakukan kerajaan dan pemimpinnya.

“Daripada menyiasat Dr Mahathir, kerajaan seharusnya menjawab soalan yang diajukan itu, yang turut menjadi tanda tanya oleh rakyat biasa,” tambah Anwar.

Semalam Dr Mahathir diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary.

Dr Mahathir dalam kenyataanya selepas itu menyerahkan kepada pihak polis sekiranya mahu menahan beliau.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top